Ada hari yang kita inginkan makan sup panas-panas yang enak dan tak selera untuk makan hidangan berat kan?
Misalnya semasa demam, pasti kita mahukan makanan pembuka selera. Jadi, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi Sup Kulit Wantan yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini.
Paling penting, hidangan ini mengenyangkan walau dimakan tanpa nasi.
Resipi Sup Kulit Wantan & Telur Hancur, Hidangan Pembuka Selera Untuk Makan
Bahan-bahan:
- kulit wantan – dipotong memanjang
- 1 biji telur
- 1 biji tomato – dipotong
- daun bawang
- minyak masak
- air secukupnya
- lada putih
- pati ayam
- garaam
- 1 sudu minyak bijan
Cara penyediaan:
- Panaskaan sedikit minyak masak dan pecahkan telur, hancurkan.
- Masukkan tiga cawan air, biarkan sehingga mendidih dan masukkan perasa iaitu lada putih, secubit pati ayam dan garam.
- Kemudian masukkan hirisan daun bawang, tomato yang dipotong dadu dan kulit wantan yang dipotong memanjang.
- Reneh sehingga kulit wantan lembut. Akhir sekali titis seberapa minyak bijan. Sedia dihidang.
Siap sudah hidangan kita buat kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Bekas Manager Ayam Gepuk Pak Gembus Kongsi Resipi Sambal Pak Gembus Sebenar, Memang Menjadi Siap Boleh Buat Stok