Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran Nasi Campur Vegetarian Ini Hanya Caj RM2 Untuk 3 Lauk Berbeza, Mahu Bantu Orang Ramai Makan Sihat

Restoran Nasi Campur Vegetarian Ini Hanya Caj RM2 Untuk 3 Lauk Berbeza, Mahu Bantu Orang Ramai Makan Sihat

Kategori: ,,,
Nasi Campur Vegetarian

Seperti melihat ekonomi sekarang, ada ketika di mana rakyat ingin berjimat untuk mengisi perut yang lapar.

Selama bertahun-tahun, kos sara hidup sudah pasti meningkat dengan ketara. Dengan itu, mencari tempat makan dengan harga berpatutan pastinya sukar.

Dalam kesesakan untuk mencari tempat makan tersebut, sebuah restoran di Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai, disebabkan harganya yang berpatutan.

Terletak di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh V Fortune Land Vegetarian Cafe, restoran ini telah melayani kira-kira 1000 orang setiap hari sejak 16 tahun lalu.

Mengekalkan titik harga pada hanya RM2, pengasas kafe Richard So berkongsi kepada akhbar tempatan The Star – bahawa harga mampu milik yang ditawarkan adalah insiatif ingin membantu rakyat.

Restoran Nasi Campur Vegetarian Ini Hanya Caj RM2 Untuk 3 Lauk Berbeza, Mahu Bantu Orang Ramai Makan Sihat

“Saya menguruskan restoran ini bersama saudara-mara saya dan bilangan pelanggan kami telah meningkat daripada 100 setiap hari kepada 1,000 orang,” katanya.

Ketika restoran mereka menjadi bualan ramai, Richard mendedahkan bahawa pelanggan meraka datang dari pelbagai tempat termasuk mereka yang tinggal di Sentul, Kepong, Jinjang dan Batu Caves.

Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang, dia menceritakan tentang persiapan awal yang bermula awal pagi. Manakala pengisian terkahir untuk hidangan berakhir pada pukul 2 petang.

Ketika ditanya mengapa ini berlaku, Richard menyebut bahawa itu adalah cara mereka untuk mengekang sebarang pembaziran makanan.

Mahu Sumbang Balik Kepada Masyarakat, Sebab Adakan Harga Murah

Selepas waktu operasi mereka, dia kemudiannya akan pergi membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk hari perniagaan berikutnya.

Di samping inisiatifnya mengekalkan titik harga pada RM2, Richard turut menyediakan kotak makan tengah hari percuma untuk mereka yang memerlukan!

“Setiap pelanggan dibenarkan mengambil sehingga 2 paket sehingga kami kehabisan bekalan”, kata lelaki yang baik hati itu.

Menggalakkan kelestarian alam, dia akan menggesa pelanggannya membawa bekas mereka sendiri, supaya mereka dapat mengurangkan sebarang pembaziran yang tidak perlu.

 Galak Pelanggan Bawa Bekas Sendiri, Supaya Boleh Jaga Kelestarian Alam

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa makan keluar akan dikenakan bayaran tambahan RM0.50. Walaupun kekurangan pengalaman masakan sebelum ini, Richard dengan bangganya berkongsi bahawa dia kini menyediakan sendiri semua hidangan itu.

Menjana pendapatan yang mencukupi, dia mampu membiayai 5 pekerjanya dan mengekalkan perniagaan Nasi Campur Vegetarian. Apabila ditanya berapa lama dia berhasrat untuk meneruskan inisiatif itu, peniaga baik itu berkongsi bahawa dia akan meneruskan selagi dia mampu.

Inisiatif yang benar-benar menakjubkan yang bukan sahaja membantu masyarakat, tetapi juga menekankan kepada kelestarian! Syabas, Richard!

Sumber: The Star / Wau Post

Baca juga: Pekerja Kedai Makan Melayu Cakap Bahasa Mandarin Dengan Pelancong Cina, Ramai Kagum Dengan Kebijakan Peniaga Ini

tags: