Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Program Madinah Ramadan Bawa Erti Kemanusiaan, Jom Infaq Kongsi Rezeki Iftar & Sahur Bersama

Program Madinah Ramadan Bawa Erti Kemanusiaan, Jom Infaq Kongsi Rezeki Iftar & Sahur Bersama

Kategori: ,
Program Madinah Ramadan

Tiba sahaja bulan Ramadan, ia merupakan masa umat Islam menunaikan kewajipan untuk melaksanakan salah satu daripada lima rukun Islam.

Selain itu, bulan ini membawa kita kepada kolektif kebaikan yang menuntut masyarakat bersama-sama menolong di antara satu sama lain.

Seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada setiap tahun bulan Ramadan, Program Madinah Ramadan merupakan antara program yang memberi kebajikan baik kepada masyarakat di sana dalam menjalankan bulan yang mulia ini.

Program Madinah Ramadan 1446H Bawa Erti Kemanusiaan, Jom Infaq Kongsi Rezeki Iftar & Sahur Bersama

Ia merupakan program yang membawa masyarakat untuk bersama-sama mengerjakan Iftar Jamaa’e dan Sahur dengan menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi lebih 1,500 orang setiap hari.

Secara tidak langsung, Program Madinah Ramadan dapat melahirkan masyarakat yang saling berkasih-sayang dan majmuk dalam berbuat kebajikan dan kebaikan.

Jika pembaca ingin menyumbang untuk berbagi rezeki dan berkongsi kemanusiaan dengan saudara-saudara lain, bolehlah menghulur bantuan untuk menjayakan iftar Jamaa’e dan Sahur bersama.

Pada tahun 2025, program ini mensasarkan RM432,500.00 bagi menjayakan kempen tersebut.

Pakej Infaq:

  • Infaq Sahur (RM9.50)
  • Infaq Iftar (RM12.00)
  • Infaq Sahur& Iftar (RM21.50)
  • Infaq Seikhlas Hati (Minumum RM1.00)

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Sesiapa yang memberi buka orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Infaq Madinah Ramadan 👉 (Klik di Sini)

Dalam perkembangan sama, solat tarawih, solat 5 waktu serta Qiamullail juga diadakan pada setiap hari dalam program ini.

Untuk rekod, Program Madinah Ramadan diadakan setiap kali sambutan Ramadan di Kelantan bermula pada 1993 di Dataran MPKB di Jalan Padang Garong.

Bagaimanapun program itu dipindah ke Dataran Warisan di Stadium Sultan Muhammad IV selepas mendapat sambutan menggalakkan.

Malah Program Madinah Ramadan Kota Bharu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila menerima anugerah ‘Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013’ pada perhimpunan agung Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities (TPO) dan TPO Daejeon International Travel Fair di Korea Selatan.

tags: | |