
Tahun 2024 menjadi tahun yang sangat membanggakan bagi jenama tempatan, Khairulaming (KA), apabila jualan produk mencecah RM42 juta, iaitu peningkatan sebanyak 110% berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan RM20 juta.
Khairulaming, yang terkenal dengan produk sambal nyet dan dendeng nyet, telah berjaya meningkatkan jualan mereka secara mendadak dalam tempoh setahun.
Jika sebelum ini mereka mengambil masa tiga bulan untuk mencapai jualan RM1 juta, kini mereka mampu mencapai sasaran tersebut dalam tempoh seminggu sahaja.
Jualan prouduk Khairul Aming adalah satu pencapaian yang luar biasa bagi sebuah jenama tempatan.
Salah satu faktor utama di sebalik kejayaan ini adalah fokus Khairulaming terhadap live streaming.
Menurut pengasasnya, Khairul Aming, 70% daripada jualan prouduk Khairul Aming RM42 juta tersebut datang daripada live streaming.
“Live streaming membolehkan kita berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, dan ini meningkatkan kadar penukaran jualan dengan ketara,” katanya.
Live streaming bukan sahaja membolehkan pelanggan memberikan maklum balas serta-merta, tetapi juga meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk.
Dalam sesetengah sesi live streaming, jualan boleh mencecah sehingga RM500,000 dalam tempoh sejam sahaja.
Selain itu, Khairulaming juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka.
Jika sebelum ini mereka hanya mampu menghasilkan 1,000 hingga 3,000 unit sambal nyet sehari, kini mereka mampu menghasilkan berpuluh ribu unit produk setiap hari.
Ini membolehkan mereka memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutamanya semasa musim perayaan seperti bulan Ramadan.
Untuk tahun 2025, KhairulAming merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka kilang ketiga di Kelantan dan melancarkan produk ketiga.
Selain itu, mereka juga merancang untuk memperluas pasukan live streaming mereka dan berkongsi ilmu dengan peniaga tempatan yang lain.
“Kami ingin membantu peniaga kecil dan sederhana (SME) untuk berkembang dalam dunia e-commerce,” kata Khairul Aming.
Kejayaan KhairulAming adalah bukti bahawa dengan strategi yang tepat dan usaha yang gigih, perniagaan tempatan mampu bersaing di pasaran yang semakin kompetitif.
Sumber: Khairul Aming / Vocket