Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Makaroni Goreng Ringkas

Resepi Makaroni Goreng Ringkas

Kategori:
makaroni goreng ringkas

 

Makaroni ialah sejenis pasta kering yang berasal dari Itali yang diperbuat daripada gandum. Ia boleh digoreng, dibakar dan sebagainya. Terpulang kepada anda bagaimana untuk anda menyajikannya. Kami kongsikan kepada anda resepi makaroni goreng ringkas yang semestinya sedap dan senang untuk dibuat.

Cara Penyediaan Makaroni Goreng Ringkas

Bahan-bahan :

  • 500gm makaroni
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Daging kisar Ramly
  • Gula
  • Garam
  • Sayur campur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cili kering
  • Minyak

Cara Memasak:

  1. Panaskan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan makaroni dan garam ke dalam air yang mendidih.
  3. Setelah masak, angkat dan toskan. Kemudian ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan masukkan cili kering.
  5. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
  6. Setelah bawang naik bau, masukkan daging kisar.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga kicap manis.
  8. Masukkan sayur campur
  9. Masukkan garam dan gula
  10. Akhir sekali, masukkan makaroni yang telah direbus tadi.
  11. Kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Diharapkan post kami kali ini dapat membantu anda yang ingin memasak makaroni di rumah. Selamat mencuba…

Baca juga : Resepi Macaroni Berkrim Keju Yang Mudah Dan Sedap, Anak-Anak Suka Sangat Menambah-Nambah!

tags: