“Juadah yang saya jual ini dihantar kira-kira 40 pengusaha dan juadah yang dijual perlu disediakan pada harga mampu milik, namun rasanya sama seperti sarapan lain yang dijual melebihi RM1.
“Alhamdulillah sudah setahun saya mengusahakan gerai ini, walaupun untungnya tipis, namun saya amat berpuas hati kerana dapat membantu meringankan beban pengguna.
Juadah RM1 Dapat Ringankan Beban Pelanggan

“Bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai sudah tentu terbeban untuk membeli juadah dalam kuantiti banyak namun dengan adanya sarapan dengan harga RM1, saya yakin ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan pembeli,” katanya.
Menurutnya, walaupun untungnya agak tipis, dia berpuas hati selain membantu pembeli dia juga dapat membantu pengusaha kuih yang menyediakan hidangan sebelum menghantar ke gerainya.
Katanya, kita semua sedia maklum mengenai kenaikan harga barangan namun ia bukan halangan pengusaha kuih-muih dan aneka nasi untuk menyediakan hidangan mengikut harga ditawarkan.
“Rata-rata pelanggan berpuas hati tentang kuih muih dengan RM1 kerana mereka boleh membeli pelbagai jenis kuih atau nasi hanya pada harga RM1,” katanya.
Menurutnya, kesan kenaikan harga barang mengakibatkan harga jualan makanan juga naik, namun dia bersama pengusaha juadah mengambil pendekatan mengurangkan harga makanan bagi membolehkan ianya dijual dengan harga yang rendah.
Katanya, walaupun untung sedikit, namun sekiranya jualan laris dan semuanya habis dijual ia tetap menguntungkan.
Pelanggan kuih muih dengan RM1, Noor Aishah Mustakim, 30, berkata, pilihan yang banyak dan harga RM1 membolehkan dia membeli pelbagai juadah dengan pelbagai pilihan.
“Saya akui sememangnya jimat kerana satu jenis juadah hanya RM1 dan sebagai contoh 10 juadah hanya RM10 berbanding jualan di kedai biasa yang mengenakan harga RM2 atau RM3 yang sudah tentu saya hanya boleh mendapat juadah dalam jumlah sedikit,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca juga: Mi Tikus Jadi Kegilaan Di Ipoh, Sajian Unik & Enak Tarikan Pelbagai Kaum Malaysia