Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia

Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia

Kategori: ,
Thoriqul Haq

“Cari lah ilmu sampai ke negeri China” adalah kata pepatah yang selalu digunakan untuk menggambarkan betapa penting dan luasnya ilmu di dunia ini untuk seseorang menimba ilmu.

Seperti seorang sosok yang tular baru-baru ini, seorang ahli politik dari Indonesia menjadi perhatian apabila kembali semula ke Malaysia selepas 20 tahun untuk melawat tempat kerja lamanya.

Menerusi video yang dikongsikan Thoriqul Haq di TikTok, kelihatan dia dan isteri sedang berjalan menuju ke sebuah medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

Jelas Thoriqul, dia pernah bekerja di salah satu kedai makan di medan selera itu.

Menurut Thoriqul, kebanyakan kedai di medan selera itu sememangnya menjual sate Kajang. Sebaik memasuki di dalam medan selera itu, lelaki berkenaan menunjukkan kedai hujung tempat dia bekerja iaitu Restoran Sate Emas Kajang Sdn Bhd.

Kelihatan dia begitu seronok apabila melihat kedai sate itu masih dibuka dan mengatakan sewaktu dia bekerja di restoran tersebut pemiliknya dikenali sebagai Haji Mahful.

Kerja pada tahun 2001 selama setahun

Jelas Thoriqul, dia bekerja di kedai sate berkenaan sekitar tahun 2001 selama setahun. Dalam video itu dia turut menunjukkan momen si isteri merasai sate ayam di kedai tersebut.

Bukan hanya itu, dia sempat berjumpa dengan pemilik kedai berkenaan untuk bertanya sama ada masih mengingatinya.

Pemilik kedai itu kemudian memaklumkan ketika Thoriqul bekerja yang menjaga kedai adalah ibunya.

Kerja part time di kedai sate ketika belajar di Malaysia

Tambah Thoriqul dia bekerja di kedai sate itu pada waktu maghrib sehingga jam 12 malam semasa menjadi pelajar di Malaysia.

Sewaktu berkunjung Throriqul juga sempat bertemu dengan rakan yang masih bekerja di kedai makan itu dikenali sebagai Idris.

“Dulu kerja dekat sini tahun 2001. Haa ini namanya Idris, dulu bahagian bakar sate,” kata Thoriqul kepada rakan lama yang masih menginggatinya.

Malah dia turut mengatakan sate di kedai berkenaan masih sama seperti dahulu.

“Ceritanya, saya dulu waktu kuliah S2 (semester kedua) di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001. Sekitar satu tahun, untuk membiayai kuliah. Nama warung Sate Emas yang pemiliknya pakcik Haji Mahful.

“Ternyata, warungnya masih ada, dan tidak berubah. Rasa sate juga masih sama seperti dahulu, manis.”

Lelaki Indonesia merupakan ahli politik dan lanjut pelajaran di UM

Menerusi carian Buzzkini Thoriqul atau lebih dikenali sebagai Cak Thoriq merupakan seorang ahli politik di Indonesia serta merupakan graduan falsafah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).

Kunjungannya ke Malaysia juga difahamkan untuk urusan pelajaran falsafahnya.

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan Thoriqul seroang yang hebat kerana telah menjadi individu yang berjaya di Indonesia.

Malah ada yang mendoakan agar suatu hari nanti dia menjadi Presiden di tanah airnya.

“Hebat bapak ini, pelajar di Malaysia dan sekarang orang besar dan sukses di Indonesia. Aku sebagai orang Malaysia doakan bapak ini presiden Indonesia suatu hari nanti”

Sumber: Buzzkini

Baca juga: Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Tanam Padi Organik Di Halaman Rumah Sendiri, Hasilnya Makanan Lebih Sihat & Terjamin

tags: | |