Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelajar Ini Beri Hadiah Ikan Talang 5.4kg Sempena Hari Guru, Guru Besar Terharu Terima Kejutan Istimewa Ini

Pelajar Ini Beri Hadiah Ikan Talang 5.4kg Sempena Hari Guru, Guru Besar Terharu Terima Kejutan Istimewa Ini

Kategori: ,
hadiah ikan talang

Sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun selalu punya cerita yang menyentuh hati kita semua.

Anak-anak murid dan ibu bapa memberi pelbagai hadiah untuk meraikan jasa guru kepada mereka.

Seperti kisah yang dikongsi oleh Harian Metro, seorang guru besar terharu menerima kejutan hadiah ikan talang bersaiz besar seberat 5.4 kilogram sempena sambutan hari guru di sekolahnya di sini, semalam.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keluang Mohd Asmera A Rashid berkata, dia sendiri tidak menyangka akan menerima hadiah yang sangat istimewa itu daripada salah seorang murid di sekolah berkenaan.

Pelajar Ini Beri Hadiah Ikan Talang 5.4kg Sempena Hari Guru, Cikgu Terharu Terima Kejutan Istimewa Ini

Menurutnya, tahun ini tahun kedua dia menjadi guru besar di sekolah itu dan pemberian hadiah ikan talang  akan menjadi antara kenangan paling manis sepanjang menjawat jawatan sebagai guru besar.

“Hadiah ikan talang  berkenaan akan dibuat gulai ikan pada hari Khamis nanti untuk dijamu kepada semua guru di sekolah ini supaya semua dapat merasa hadiah istimewa ini.

hadiah ikan talang

“Selain ikan saya turut menerima satu kilogram lada solok dari seorang pekerja sekolah ini sebagai tanda ingatan kepada guru,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada murid terbabit, Mohd Abdullah Mohd, 42, berkata, hadiah ikan berkenaan dibawa serta disampaikan sendiri oleh anaknya, Muhammad Ikhwan Mohd Abdullah, 8.

Ibu Bapa Mahu Beri Hadiah Yang Lain Dari Lain Sebagai Tanda Terima Kasih Untuk Mengajar Anak

“Tahun ini saya cuba cari kelainan dengan memberi hadiah istimewa sebagai tanda menghargai guru yang mengajar anak.

“Pada asalnya saya mahu hadiahkan barangan lain sebelum mengubah fikiran untuk memberi ikan talang.

“Ikan berkenaan dibeli dengan harga lebih RM50 sebelum dibawa terus ke sekolah untuk diberikan kepada guru besar,” katanya.

Menurutnya, pemberian hadiah hari guru kepada guru besar sebagai simbolik mewakili semua guru di sekolah berkenaan.

“Jika diikutkan semuanya berlaku secara spontan, saya tanya anak mengenai guru mana paling dia sayang dan dia terus serahkan ikan itu kepada guru besar.

“Saya gembira kerana dapat mendidik anak supaya menghargai jasa guru yang banyak berkorban untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: Festival Makanan Ini Cetus Debat Ramai Kerana Jual Makanan Harga Tinggi, Ada Peniaga Timbang Sekali Dengan Pembungkus Makanan

tags: |