Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » none » Kanak-Kanak Ini Belanja Pak Cik Lepas Dilihat Kutip Sisa Makanan Untuk Makan, Kebaikannya Sentuh Hati Orang Ramai

Kanak-Kanak Ini Belanja Pak Cik Lepas Dilihat Kutip Sisa Makanan Untuk Makan, Kebaikannya Sentuh Hati Orang Ramai

Kategori:
kutip sisa makanan

Kebaikan adalah hal yang paling utuh dan membuat kita terus bertahan hidup.

Seperti kisah kanak-kanak yang menolong seorang pakcik selepas melihat pakcik berkenaan mengutip sisa makanan untuk makan, ia membuatkan kita terfikir betapa kebaikan adalah hal yang menguatkan manusia lain dalam hidup masyarakat.

Ramai Puji Tindakan Kanak-Kanak Belanja Pak Cik Lepas Dilihat Kutip Sisa Makanan Untuk Makan

Itulah yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak apabila melihat seorang lelaki mengutip sisa makanan di meja sebuah medan selera hanya untuk mengisi perutnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu mereka di TikTok @ijahmad90, kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Irfan dan Idlan menghampiri lelaki yang digelar pak cik sewaktu dia sedang duduk di satu meja.

Pada mulanya, dapat dilihat Irfan yang berusia 10 tahun membeli makanan berupa nasi ayam sebelum dia bersama adiknya menghampiri lelaki tersebut dan memberi makanan itu.

“Pak cik ni kutip makanan leftover (sisa makanan) atas meja. Tak sampai hati kami tengok.

“Anak sulung saya cepat-cepat pergi beli makanan. Good boy sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pak Cik Sebenarnya ‘Kurang Sihat’, Tak Sanggup Lihat Warga Emas Jamah Sisa Makanan

Kongsi Ijah kepada BuzzKini, pak cik berkenaan sebenarnya berada dalam keadaan ‘kurang sihat’.

Dek kerana simpati melihat tindakan lelaki itu yang kutip sisa makanan dan mencampurkannya ke dalam pinggan untuk makan, anak lelakinya terus meminta duit untuk membelikan makanan yang baharu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di medan selera sebuah pasar raya di Kota Bahru Kelantan.

Ramai Puji Perbuatan Baik Kanak-Kanak, Rupanya Ada Yang Pernah Bertemu Pak Cik

Video yang telah mendapat lebih 108,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji perbuatan baik si cilik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berjumpa dan menghulurkan bantuan kepada lelaki yang digelar pak cik itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang memuji ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana berjaya memberi didikan sempurna kepada si cilik itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Terima Kasih Kak Sebab Dah Tolong Pak Cik Tu, Tahniah Sebab Ada Anak Bujang Yang Sangat Prihatin”

Sumber: Buzzkini

Baca juga: “Pernah Seperti Kamu…”, – Ramai Terharu Tengok Puteri Balqis Borong Jualan Buah Remaja Lelaki Ini

tags: |