Resepi kali ni adalah popia sardin. Resepi ini cukup mudah untuk dibuat dengan menggunakan sardin tin. Bahan utama semestinya popia dan sardin. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Ikan sardin tin
Air
Secukup Rasa
Gula
Kicap Manis
Kulit Popia
Minyak
Cara-cara
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Masukkan ikan sardin tin dan sesambil tu hancurkan ikan sardin.
Tambahkan sedikit air, secukup rasa, gula dan kicap manis. Kacau.
Letakkan sardin yang telah siap dimasak ke atas kulit popia.
Gulungkan kulit popia dan sapukan air untuk lekatkan kulit popia.