Roti Telur Sardin Simple
Hari ini kita masak menu yang simple jer iaitu Roti Telur Sardin, buat untuk sarapan bagi boleh, untuk makan tengahari malam pun boleh. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Memang sedap weyh.
Bahan – bahan :
- 1 tin sardin brand ayam
- 1/2 bawang merah (dihiris nipis)
- 5 tangkai cili padi (dipotong)
- Daun bawang (dihiris nipis)
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Lada hitam (secukup rasa)
- Roti
Cara penyediaan :
- Masukkan 1 tin sardin, kemudian masukkan bawang merah dan cili padi yang dipotong
- Selepas itu masukkan daun bawang dan 1 biji telur,
- Masukkan secubit garam dan lada hitan secukup rasa.
- Kacau hingga sebati, kemudian panaskan minyak.
- Sapukan sardin pada roti dan sedia untuk digoreng.