Apam Kukus Coklat ni sangat mudah untuk dibuat kerana tak memerlukan mixer. Selain menggunakan whisk, boleh je guna blender untuk membancuh adunan. Senang, bukan?
Rasanya pun sangat sedap, lembut dan gebu seakan-akan kek coklat kukus moist. Kalau tak ada acuan kecil, boleh juga letakkan apam ni di dalam mangkuk kertas.
Happy baking!
Resipi Apam Kukus Coklat Super Sedap
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan butter/mentega cair
- 1/2 cawan minyak sayur
- 1 cawan air
Cara penyediaan:
- Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking pawder, garam halus dan baking soda di dalam mangkuk besar.
- Masukkan gula kastor, telur, minyak sayur, susu pekat, butter dan air ke dalam bahan ayak tadi.
- Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
- Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan.
- Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan.
- Kukus selama 15-18 minit.
Lihat juga: Resepi Apam Balik Nestum Cheese ‘Kantoi’ Sedap & Gebu, Tak Payah Try Resepi Lain. Try Resepi Ini Je!