Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Roti Golok

Roti Golok

Kategori:
Roti Golok

Resepi Roti Golok

Hai semua, korang pernah dengar tak roti golok. Kalau korang pernah dengar roti ni viral di media sosial beberapa bulan lepas. Roti ni dinamakan roti golok sebab berasal dari Golok katanya lah. Resepi nak buat roti ni sama je macam roti biasa. Cuma atasnya disapu dengan marjerin dan gula kastor.

Lagi -lagi kalau guna mentega asli  lagi sedap rasa dia. Tips untuk dapatkan roti yang lebih lembut, doh perlu di uli lama. Lagi lama uli, lagi lembut roti ni.

Untuk mendapatkan roti yang lembut, doh perlu di uli lama. Lagi lama uli, lagi lembut roti ni. Korang uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau ada mesin penguli ataupun bread maker lagi bagus senang kerja kita.

OK jom layan dulu resepi dan video kat bawah ni supaya anda lebih senang nak faham cara-cara nak buat roti golok yang sedap, lembut dan gebu ni.

Bahan -bahan :

Bahan A :-

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar yis
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat

Bahan B :-

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti

Cara penyediaan :

  1. Campurkan kesemua bahan A.
  2. Kacau hingga larut & biarkan selama 15 minit.
  3. Satukan semua bahan B dan uli hingga sebati.
  4.  Kemudian campurkan bahan A ke dalam bahan B dan biarkan selama 60 minit.
  5. Uli roti lebih lama sedikit untuk menghasilkan roti yang lembut, kemudian simpulkan mengikut kreativiti masing- masing.
  6. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
  7. Akhir sekali, selepas siap dibakar sapukan marjerin dan taburkan gula kastor dan sedia unutk dinikmati.

 

tags: | | | | |