Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda resepi Salted Egg Buttermilk Chicken yang hampir sama dengan Butter Chicken. Hidangan pembuka selera yang ditambah dengan keunikan rasa telur masin yang membuatkan ayam goreng empuk berkali ganda lazatnya! Selamat mencuba.
Resepi Salted Egg Buttermilk Chicken
Bahan-bahan:
- 6 biji telur masin (asingkan)
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung biasa
- 500 gram isi dada ayam
- 4 sudu besar mentega
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan susu sejat
- 10-12 helai daun kari
Cara Penyediaan:
- Kukus 6 kuning telur masin sehingga masak.
- Dalam satu mangkuk, masukkan 1 cawan tepung jagung, 1/2 cawan tepung biasa dan 2 kuning telur masin yang telah dikukus. Gaul sehingga sebati.
- Salut isi dada ayam dengan campuran tepung. Kemudian, celup ke dalam putih telur masin dan salutkan dengan campurang tepung sekali lagi.
- Goreng ayam sehingga keperangan.
- Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar mentega, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili padi dan 10-12 helai daun kari. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan 1 cawan susu sejat dan 4 kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan ayam goreng dan gaul sehingga kuah rata.
- Salted egg buttermilk chicken pun sudah siap untuk dinikmati!
Baca juga: Jom Cuba Masak ‘Sotong Buttermilk Spicy’, Rasa Memang Padu & Tak Muak!