Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 30 Resepi Makan Malam Rakyat Malaysia

30 Resepi Makan Malam Rakyat Malaysia

Kategori:

Kadang-kadang, malas nak keluar cari makanan untuk makan malam kan.

Jadi, apa kata jom cuba resepi makan malam dibawah, masak sendiri lagi jimat! Suami dan anak-anak pun mesti suka. Hehehe.

1. Singapore Char Kway Teow

Bahan-bahan:

  • 450gm kuey teow
  • 10 ekor udang – dibersih dan dibuang kulit
  • 6 ulas bawang putuh – dicincang halus
  • 2 cawan tauge
  • 1 cawan kucai
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan minyak

Bahan Sos:

  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap biasa
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk lada putih

Cara Memasak:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
  4. Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
  5. Tuang sos dan masak selama satu minit.
  6. Buat lubang di tengah-tengah, kemudian pecahkan telur.
  7. Biar sebentar dan kacau rata.
  8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Rasa

2. Murtabak Singapore

Bahan Kulit Murtabak:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan minyak sapi

Bahan Inti:

  • 400gm daging kisar
  • 2 biji bawang Holland – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 sudu teh halia  – dicincang halus
  • 2 sudu makan daun ketumbar – dicincang halus
  • 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
  • 1/2 cawan air
  • 4 biji telur
  • 4 sudu makan  minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Uli lagi selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  6. Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
  7. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
  8. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  9. Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
  10. Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
  11. Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
  12. Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
  13. Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
  14. Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
  15. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  16. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  17. Gorenglah hingga kekuningan.
  18. Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.

Sumber: Rasa

3. Spagetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland – dpotong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang – dibuang kulit
  • 4 ekor sotong – dibuang lapisan kulit
  • Capsicum hijau
  • Capsicum merah
  • Tomato kecil – potong 2 jika suka
  • Daun ketumbar/daun parsley – dihiris nipis.

Cara Memasak:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Sumber: Resepi Che Nom

4. Maggi Goreng Mamak

Bahan-bahan:

  • 3 paket Maggi perisa Kari – rebus
  • 2 paket perencah Maggi kari
  • Sayur – karot, kobis dan sawi
  • 1/2 labu bawang besar – cincang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 4 keping tauhu kering
  • 5-6 ekor udang – rebus seketika
  • 2 biji telur
  • 2-3 tangkai cili padi – ketuk (jika suka)

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata.
  2. Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu.
  4. Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Azie kitchen

5. Lempeng Pisang

Bahan-bahan:

  • 125g tepung gandum, diayak
  • 3 biji pisang, dilenyekkan
  • 2 sudu besar gula
  • 50ml susu
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan

Cara Memasak:

  1. Masukkan tepung, gula dan mentega cair ke dalam sebuah mangkuk besar. Kacau rata.
  2. Masukkan pisang yang dilenyekkan dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit hingga mencapai konsistensi yang diingini.
  4. Panaskan kuali pada suhu sederhana besar dan minyakkan permukaan kuali. Pastikan anda tidak masukkan terlalu banyak minyak.
  5. Cedok adunan hingga 1/4 senduk dan masukkan ke dalam kuali. Terbalikkan setelah 2-3 minit ataupun selepas adunan berhenti berbuih. Anda boleh alihkan sedikit untuk lihat sama ada adunan di bawah sudah masak.
  6. Setelah masak, angkat adunan dan letak di atas pinggan. Ulang hingga semua adunan habis.

Sumber: Butter Kicap

6. Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:

  • 4 cawan nasi sejuk – dileraikan
  • 1/2 cekak kangkung – disiang dan cuci bersih, toskan
  • 5 tangkai kacang panjang – dipotong kecil
  • 1 keping dada ayam – hiris kecil, cuci dan toskan
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • 1 biji bawang besar – hiris

Bahan Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi merah Thai
  • 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
  • Secubit belacan

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna.
  2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali.
  3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
  4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
  5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit.
  6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

Sumber: Sayidah Napisah

7. Nasi Goreng Thai

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi (4 cawan nasi sejuk)
  • 2 biji telur
  • 1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
  • 2 sudu kecil pes tomyam/ 1 kiub pati tomyam
  • 1/4 cawan sayur campur/ lobak & kacang dihiris halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 8 tangkai cili padi – tumbuk
  • 2 helai daun limau purut – hiris halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
  • 10 ekor udang basah (terpulang nak letak berapa)
  • Hirisan isi ayam
  • Minyak masak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
  2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
  4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
  6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Sumber: Sayidah Napisah

8. Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar nasi
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
  • Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
  • 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
  • 2 biji telur
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali.
  3. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
  4. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap untuk dhidang.

Sumber: Sayidah Napisah

9. Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahan:

  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
  7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Sumber: Sayidah Napisah

10. Resepi Nasi Goreng Hawaii

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk nasi sejuk
  • 3 ulas bawang merah hiriskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili capsicum potong dadu
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan mix-vege
  • 2 batang frankfurter (potong dadu)
  • 5 biji chicken ball (potong kecil)
  • 1 s/b (sudu besar) lada hitam
  • 2 biji telur
  • 2 s/b majerin
  • 1 pokok daun bawang (potong kecil) – untuk hiasan

Cara Memasak:

  1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
  4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
  5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
  6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
  7. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Sayidah Napisah

11. Makaroni Cheese Goreng

Bahan-bahan:

  • 500gm makaroni – direbus
  • 2 tin sos Cheese & Herbs
  • 2-3 ulas bawang putih – diketuk/dihiris
  • 1 biji lada benggala ( merah & hijau) – hiris
  • 1 tin cendawan butang – hiris
  • 1 paket sosej ayam – hiris
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.
  3. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.
  5. Seterusnya masukkan lada benggala.
  6. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Rasa

12. Mee Goreng Banjir

Bahan-bahan:

  • Bawang putih – ditumbuk
  • Cili padi – ditumbuk
  • Cili kering kisar
  • Sos cili/tomato
  • Sos tiram
  • Kicap manis jalen
  • Air
  • Sotong(saya tak letak)
  • Udang
  • fishball/fishcake
  • Sawi
  • Tomato(nak letak blh tapi sy tak letak)

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar,tumis hingga garing baru.
  2. Masukkan sos tomato,kicap manis, dan sedikit air(ikut sukatan sendiri nk byk mana kuah).
  3. Kemudian masukkan udang, sotong, fishball/fishkek, kacau seketika.
  4. Masukkan mee kuningsawi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Siap untuk dihidang.

Sumber: Zaza Rozana

13. Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia
    Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan Rencah:

  • Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan

Sumber: Facebook

14. Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:

  • Mee kuning 1 bungkus
  • Udang sederhana (buang kulit)
  • Bawang Putih(hiris)
  • Bawang Merah(hiris)
  • Kicap cair & pekat
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cili Bo
  • Tauhu(digoreng dahulu)
  • Kentang(potong dadu & goreng)
  • Taugeh
  • Daun Kubis
  • Tomato
  • 3 biji telur(pecah & kacau)
  • Fish cake(hiris)
  • Cili(hiris)
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi

Cara Memasak:

  1. Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili boh sehingga naik minyak.
  2. Kemudian tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang, fish cake, tauhu, kentang dan daun kubis.
  3. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yangg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan tomato, taugeh dan cili. Perasakan dengan serbuk perasa dan kicap cair jika perlu.
  5. Hidang bersama perahan limau kasturi dan bawang goreng.

Sumber: Suhaila

15. Kuey Teow Ladna

Bahan-bahan:

  • Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar. Kemudian di goreng tanpa minyak
  • 15 ekor udang
  • Isi ayam
  • Daging
  • 4 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 biji cili api – ditumbuk
  • Sedikit lada hitam / putih – di tumbuk
  • 1 biji Lobak Merah – dihiris
  • Seikat sawi – dipotong
  • Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
  • Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan ayam dan daging yang dipotong kecil.
  2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan. Goreng seketika. Kemudian masukkan air.
  3. Masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
  4. Masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
  5. Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air untuk memekatkan kuah.
  6. Setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas.
  7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis.

Sumber: Resepi Masakan

16. Kuey Teow Kungfu

Bahan-bahan A:

  • 1 paket kuey teow
  • 2/3 biji telur (dipukul)
  • sedikit tepung jagung
  • minyak untuk goreng kuey teow

Bahan-bahan B:

  • 6 ekor udang (buangkan kulit)
  • 3/4 ekor sotong (potong kecil)
  • 3 ketul isi ayam (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • bunga kobis (potong kecil)
  • carrot (hiris halus)
  • 5 batang baby corn
  • sedikit sawi (potong kecil)
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 s/b tepung jagung + 1 cawan air (bancuhkan)
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b lada sulah
  • garam dan sedikit gula

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit hingga agak garing & Ketepikan (satu portion untuk 1 pinggan)
  2. Pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung (BAHAN A)
  3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam .. udang dan sotong
  4. Masukkan air , lada sulah , sos tiram , baby corn dan carrot
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak berketul
  6. Campurkan bunga kobis dan sawi.
  7. perasakan dengan garam & gula dan kacau. Tutup api.
  8. Kemudian tuang kuah ke atas mee tadi dan sedia untuk hidangkan.

Sumber: Resepi Masakan

17. Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
  3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
  5. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Cara Membungkus Nasi dengan Telur:

  1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
    3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
    4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
    5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
    6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
    7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati

Sumber: Sayidah Napisah

18. Spagetti Bolognese

Bahan-bahan:

  • 1 packet pasta (rebus selama 13 minit)
  • ½ biji bawang holland
  • ½ packet isi daging hancur
  • 1 batang carrot
  • 1 botol sos pasta mushroom (jenama adabi)
  • 1 botol sos pasta asli (adabi)
  • 3-4 sb sos cili
  • 1 packet sosej (dihiris)
  • Sedikit cili padi (dihiris)
  • Sedikit blackpepper
  • Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)
  • Sedikit garam (Mengikut keperluan)

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang.
  2. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.
  3. Masukkan carrot dan tunggu sehingga empuk.
  4. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.
  5. Masukkan sosej, cili padi dan blackpepper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama pasta.

Sumber: Afrina

19. Macaroni Carbonara

Bahan-bahan:

  • Prego – Mushroom carbonara 2 tin
  • Full cream milk – secawan
  • Cendawan butang – 1 tin (toskan)
  • Bawang holland – setengah biji (cincang)
  • Bawang putih – 5 ulas (cincang)
  • Udang
  • Sosej (potong-potong)
  • Mixed herbs
  • Kiub ayam with NO MSG (dua ketul) masuk semasa tumis jadi tak perlu tambah apa-apa garam
  • Cili padi (potong-potong je) (kalau suka pedas)
  • Butter untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan. Kemudian ketepikan.Kemudian panaskan kuali, masukkan butter secukupnya dan tumiskan bawang sampai naik bau.
  2. Seterusnya masukkan udang, sosej dan cendawan. Boleh juga tambahkan apa-apa sayuran lain ikut suka.
  3. Lepas tu boleh masukkan sos carbonara. Ada banyak jenis, saya gunakan perasa carbonara cendawan macam dalam gambar ni.
  4. Letakkan pula susu segar dalam 1 cawan untuk bagi rasa creamy dan lemak-lemak.
  5. Perasakan dengan kiub ayam tanpa MSG. Kiub ni dah cukup masin, jadi tak payah bubuh garam lagi.
  6. Lepas tu taburkan mixed herb untuk naikkan lagi rasa.
  7. Akhir sekali, bolehlah masukkan macaroni yang dah direbus awal-awal tadi dan ditos sekali. Kacau hingga sebati.
  8. Siap!

Sumber: Sirap Limau

20. Mihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • Udang segar
  • 2 sudu pes thai tom yam
  • Lobak merah – dihiris
  • Sayur sawi

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
  2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biarkan hingga bihun lembut.

Sumber: Resepi Kampung

21. Cekodok Pisang

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
  • 2 sudu makan marjerin
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum

Cara Memasak:

  1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
  2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
  3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Rasa

22. Cucur Ikan Bilis Bawang

Bahan-bahan:

  • 100 gram ikan bilis
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Dalam satu mangkuk, masukkan ikan bilis, bawang, tepung gandum dan garam. Gaulkan.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan digaul sebati.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Menggunakan sudu, cedok adunan dan masukkan ke dalam kuali tersebut.
  4. Masak sehingga keperangan, kemudian terbalikkan.
  5. Angkat dan toskan cucur yang telah masak dan bertukar kepada warna perang keemasan.
  6. Cucur sudahpun siap untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda.
Sumber: Says

23. Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • isi ayam, hiris nipis
  • isi udang
  • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Bahan untuk hiasan:

  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang
  • hirisan cili
  • timun
  • sambal belacan

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

Sumber: Resepi Che Nom

24. Spagetti Goreng

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti
  • 2 sudu garam (rebusan spaghetti)
  • 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
  • 500g daging kisar
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala kuning (dihiris)
  • 1/2 biji lada benggala hijau (dihiris)
  • Minyak
  • Mixed herbs

Cara Memasak:

  1. Rebus spaghetti dan masukkan garam.
  2. Guna kuali lain, panaskan minyak dan masukkan bawang kuning.
  3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging kisar.
  4. Masukkan bawang putih, cili boh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air rebusan spaghetti. Gaul.
  5. Masukkan cili merah, lada benggala kuning dan hijau.
  6. Masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul.
  7. Tabur mixed herbs.
  8. Spaghetti Goreng sudah siap!

Sumber: Twitter

25. Chicken Chop

Bahan-bahan:

  • 2 keping paha ayam debone ( Dibuang tulang )
  • 2 sudu kecil serbuk/pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar jus lemon

Bahan Salutan

  • 1 biji telur – dipukul
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan breadcrumbs

Cara Membuat:

  1. Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap selama 4 jam di
    dalam peti sejuk.
  2. Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. Celupkan kedalam telur dan
    salut rata dengan breadcrumbs.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Cara buat sos lada hitam:

  1. Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.
  2. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko (tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya.
  3. Kalau ada minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi.

Sumber: Resepi Bonda

26. Meatball Ala Ikea

Bahan-bahan:

  • Meatballs secukupnya (jenama Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven
  • 2 sudubesar butter
  • 2 sudubesar tepung gandum
  • 1 biji bawang holland, dipotong dadu
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 cawan air
  • 3 sudubesar sos tomato
  • 3 sudubesar sos tiram
  • 2 sudubesar kicap manis
  • 2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
  • 1 kiub pati daging
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudubesar gula

Cara Memasak:

  1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan bersama meatball.

Sumber: Resepi Bonda

27. Penang Char Kuey Teow

Bahan pes:

  • 200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
  • 250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis2 sudu kecil
  • garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula

Bahan Mee:

  • 300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
  • 1 sudu besar cili boh
  • Kerang
  • Sedikit kucai & taugeh
  • 1 biji telur

Cara membuat pes:

  1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
  2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.
  3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
  4. Campurkan semua bahan untuk pes dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat.

Cara menggoreng mee:

  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).
  2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cawan.
  3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
  4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasa.

Sumber: Resepi Bonda

28. Mee Sup Daging

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • minyak utk menumis
  • 5 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan Tumis:

  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris

Cara Memasak:

  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.

Bahan2 Penyediaan Mee Sup:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap:

  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya:

  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

Sumber: Yatie Memories

29. Mee Bandung

Bahan-bahan:

  • 3 peket 40 gram perencah Mee Bandung Adabi
  • 1200 ml air – 9 cawan air
  • 10-15 ekor udang
  • 1 ikat sayur Bok Choy
  • 3 biji telur
  • 1 paket 450 gm mee kuning – cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili hijau – hiris halus
  • 2 biji limau kasturi – belah 2
  • Daun bawang – hiris halus
  • Bawang goreng – optional

Cara Memasak:

  1. Masak air, udang dan perencah Mee Bandung Adabi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan batang sayur Bok Choy dan telur. Biarkan telur masak dan sedikit mengeras.
  3. Akhir sekali masukkan mee kuning dan daun Bok Choy. Kacau selama 1-2 minit sahaja. Tutup api.
  4. Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang, cili hijau, limau kasturi dan telur rebus.
  5. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Sumber: Resepi Bunda

30. Burger Prosperity Ala McDonald’s

Bahan Patty Daging:

  • 2kg daging kisar
  • 300gm serbuk roti
  • 3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
  • 1 sudu makan oregano
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 cubit garam

Cara Membuat:

  1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90gm sekeping.
  3. Bentukkan ikut saiz yang digemari.

Bahan Sos Lada Hitam:

  • 1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
  • 2 hirisan mentega
  • 1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos lada hitam
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • 1 cawan air

Cara Memasak:

  1. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
  2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
  4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
  5. Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.

CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY

Bahan-bahan:

  • Patty daging burger
  • Sos lada hitam
  • Bawang Holland- dihiris
  • Roti oblong

Cara Memasak:

  1. Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
  2. Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
  3. Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
  4.  Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Rasa

tags: