Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Gulai Nasi Berlauk Kelate Style, Mesti Tak Cukup Sepinggan!

Resepi Gulai Nasi Berlauk Kelate Style, Mesti Tak Cukup Sepinggan!

Kategori: ,

Walaupun kita sekarang masih dalam mood beraya, tapi rasanya sekarang ni pasti ramai yang dah mula mencari nasi putih untuk santapan makan tengah hari dan makan malam.

Tak jadi masalah pun sebenarnya untuk kita hidang nasi putih dengan lauk pada tetamu. Diorang pun mesti suka sebab dah bosan makan ketupat rendang. Korang sendiri pun mesti bosan kan?

Dah alang-alang anda nak masak nasi putih, apa kata kali ni kita cuba masak lauk yang lain dari yang lain?

Jom try masak gulai nasi berlauk style orang Kelantan! Bahan-bahan yang digunakan pun tidaklah susah untuk dicari.

Walaupun lauk ini sinonim untuk dimakan pada waktu sarapan, tapi kalau nak dibuat lauk makan tengah hari pun sesuai.

Rasa masakan ini pasti akan mengubat rindu rasa hidangan masakan Pantai Timur lagi-lagi untuk orang di luar Kelantan.

Jom kita tengok resepi special ni! Bukan saja orang Kelantan, malah orang dari negeri lain pun pasti jatuh cinta dengan rasa masakan ni.

Resepi Gulai Nasi Berlauk Style Kelantan

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Cili kering
  • Cili api
  • Kunyit hidup / kunyit serbuk

Gulai Nasi Berlauk

Bahan lain:

  • Ikan tongkol
  • Santan
  • Cili api hijau & merah
  • Telur rebus
  • Kacang panjang – dicelur
  • Timun – dicelur

Cara-Cara :

1. Rebuskan ikan tongkol yang sudah dipotong. Letakkan air paras ikan sahaja, nanti air melimpah. Masak sehingga air tinggal separuh.

Gulai Nasi Berlauk

2. Masukkan santan dan bahan-bahan yang sudah dikisar di dalam periuk.

3. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

4. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ikan bersama kuah ikan yang telah kita rebus tadi. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Kemudian masukkan telur, dan akhir sekali masukkan kacang panjang, timun dan cili api.

6. Tunggu seketika dan tutup api.

7. Sedia untuk dihidang!

Gulai Nasi Berlauk

Senang je rupanya nak sediakan gulai nasi berlauk style orang Kelantan! Keluarga serta tetamu yang bertandang pasti suka, silap-silap tak cukup masak satu periuk! Selamat mencuba!

Kredit : Rose Mawar Merah via Masak Apa Hari Ni

tags: