Sejak kebelakangan ini, minuman Dalgona Coffee ini semakin viral. Minuman tersebut berasal daripada Korea dan menjadi terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. Masing-masing berkongsi cara pembuatan minuman tersebut dan akan memuat naik gambar tersebut ke laman sosial.
Ada yang mengatakan ianya sangat sedap, berkrim, terbaik dan sebagainya. Tetapi ada juga sesetengah rakyat Malaysia yang berkongsi mengenai kejadian yang tidak di ingini akibat minum minuman viral tersebut.
Mengikut perkongsian Aishah Zuki di laman facebook, dia terpaksa menelan pinadol kerana tidak dapat menahan sakit kepala. Ditambah pula badan berangin dan tidak boleh tidur. Dia juga turun memesan jika sesiapa yang belum mencuba minuman tersebut jangan terjebak.
Post yang mendapat lebih 500 komen itu memang menarik perhatian warga sosial. Kebanyakkan warga sosial mengiyakan apa yang ditulis oleh Aishah Zuki. Dan ada juga yang mengecam.
Menurut komen yang ditulis oleh Azizul Hakim Muhammad yang menyesal kerana mencuba minuman tersebut. Dan ada juga yang pening lalat.
Ramai pula yang komen kalau dah tak boleh minum Kopi atau Nescafe janganlah salahkan minuman dan jangan minum.
Yang memang tak boleh minum kafein tu janganlah gatal-gatal nak cuba.
Kepada sesiapa yang alahan kepada minuman berkafein dan mempunyai penyakit darah tinggi dan sakit jantung sebaiknya jangan mencuba minuman ini.
Ada juga yang mengatakan disebabkan minuman ini viral jadi ada yang sanggup mencuba walaupun individu terbabit tidak pernah minum kopi.
Lain pula dengan penggemar minuman berkafein ini, mereka boleh minum je tanpa rasa sakit kepala. Selain itu ada juga yang menulis kalau minum pun tetap juga boleh tidur.
Sekiranya anda tidak boleh minum minuman yang berkafein, anda boleh menggantikan dengan coklat malt, milo atau perasa lain.
Kesimpulannya tidak semua orang boleh minum minuman viral ini. Ada yang alahan kepada minuman berkafein. Jadi disarankan jangan cuba untuk minum Dalgona Coffee ini. Kalau nak minum juga boleh gantikan dengan serbuk minuman yang tidak berkafein. Kenalilah badan anda. Jangan disebabkan minuman ini viral, anda sanggup mencubanya. Nanti tak pasal-pasal ramai masuk hospital sebab Dalgona Coffee pula.
Bagi korang yang nak test kepoweran diri korang, meh cuba resepi ni di sini : Resepi Dalgona Coffee
Sumber rujukan : Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)