Di saat Perintah Kawalan Pergerakan, jujur kita katakan kadangkala ia membosankan kan? Ditambah pula lagi 2 minggu. Tidak mengapa, kini anda boleh mengisi masa bosan anda dengan memasak di dapur dan mencuba resepi baru. Di media sosia hari ni, ramai yang memuat turun kemahiran memasak masing-masing. Daripada dalgona coffee hingalah bermacam-macam resepi baru yang muncul. Atas sebab permintaan orang ramai, kini Tealive memperkenalkanKit Bubble Milk Tea DIY .
Selama bertahun-tahun kita melihat dengan mata kepala kita sendiri yang bubble tea ini antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Kadangkala dalam seminggu kita wajib menikmati air ini tetapi sejak negara kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakkan apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan keinginan untuk menikmati bubble tea ini? Ya kita boleh memesan daripada platform yang menyediakan penghantaran makanan, tapi kita tidak akan merasa puas kan?
Tetapi sekarang, Tealive mengeluarkan Kit Bubble Milk Tea DIY untuk semua peminat teh boba. Diilhamkan daripada Tealive’s Bang Bang Milk Tea, satu Kit Bubble Milk Tea DIY ini, dilengkapi dengan 1Kg mutiara ubi, 3 botol susu MilkLab, 20 Straw, 500g gula perang dan Nishio Matcha dan Hojicha yang diimport.
Dengan satu set Tealive Kit Bubble Milk Tea DIY ini anda boleh membuat 20 cawan minuman sama ada Bang Bang Brown Sugar Coffe Espresso atau Bang Bang Brown Sugar Matcha Latte. Dan anda semua jaga bimbang kerana setiap kit akan ada resepi untuk kedua-dua jenis minuman tersebut. Delivery kit ini mengambil masa 48 jam di Lembah Klang.
Kebiasaanya kita hanya melihat kit-kit seperti ini di luar negara tetapi kali ini, ada juga di Malaysia. Jika anda ingin menyerlahkan bakat masakan yang ada dalam diri anda, bolehlah cuba kit ini. Untuk membuat pesanan, anda boleh Pm Bryan Loo dan CEO Tealive .
Dan anda boleh mencuba resepi Roti Pintal tanpa menggunakan telur untuk diminum bersama Bubble Milk Tea Tealive ini.
Selamat Mencuba!
Sumber rujukan : KL Foodie