Sejak perintah kawalan pergerakan yang diarahkan kerajaan minggu lalu, pergerakkan rakyat Malaysia terbatas sedikit. Hal ini demi mengelakkan menularan wabak COVID-19.
Mungkin sebelum perintah kawalan ini, anda sering membeli makanan di luar. Tapi buat masa sekarang, lebih baik kalau memasak sendiri di rumah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan untuk dijangkiti Covid-19.
Namun, anda haruslah sentiasa berjaga-jaga dan menjaga kebersihan ketika memasak di rumah, untuk mengelakkan keracunan makanan atau perkara yang tidak diingini.
Pastikan tahap kesihatan anda berada di paras yang baik.
Coronavirus kebanyakannya tersebar dari satu orang kepada orang lain melalui titisan pernafasan.
Walau bagaimanapun, anda haruslah mengamalkan kebersihan makanan yang baik.
Sentiasalah menjaga kebersihan untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Bukan nak elakkan virus Covid-19 je, virus lain pun kita kena elakkan ya!
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (Facebook)