Tindakan pembelian panik yang dilakukan oleh sebahagian rakyat Malaysia sudah pun diketahui umum. Orang ramai membuat pembelian panik seolah-olah tiada hari esok dan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Bukan semua orang yang mampu membeli dalam jumlah yang banyak dalam satu masa.

Dan semua barang yang dibeli itu mempunyai tarikh tamat tempoh, kalau tak dapat habiskan macam mana? Rugi la kan.

Untuk mengatasi masalah ini, kami akan kongsikan 7 tips bagaimana cara untuk menyimpan stok makanan dengan betul dan menjimatkan.

Cara Terbaik Untuk Menghindari Pembelian Panik.

1. Rancang menu anda untuk setiap hari

Fikirkan tentang menu apa yang anda mahu sepanjang tempoh ini.

Menu untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan juga makanan untuk kudapan.

Dengan adanya menu ini, anda hanya perlu beli yang anda mahu. Jadi dapat menjimatkan anda kerana hanya perlu beli barangan yang disenaraikan sahaja.

2. Beli yang perlu sahaja, jangan beli jika sudah ada di rumah

Yang ini sangat penting!

Buatkan senarai barang keperluan apa yang harus dibeli dan apa yang sudah ada di rumah supaya anda tidak membuang masa dan wang anda untuk barang yang tidak perlu.

Dengan cara ini juga, anda juga dapat membiarkan barang itu dibeli oleh orang lain yang lebih memerlukannya.

Jangan borong habis pula, kesian juga untuk orang lain.

3. Guna bahan yang cepat tamat tempoh dahulu

Hanya kerana sukar untuk keluar pada Perintah Kawalan Pergerakan ini, tidak bermakna anda tidak dapat makan makanan yang fresh seperti buah dan sayur-sayuran.

Anda boleh membeli seperti yang anda biasa lakukan. Hanya pastikan anda memasak dengan betul. Basuh makanan anda dengan cuci sebelum memasak.

4. Guna bahan-bahan yang sama untuk menu berbeza

Bahan-bahan seperti bawang putih, bawang besar, telur dan halia boleh digunakan untuk bermacam-macam menu.

Inilah masa anda untuk membuat dan mencubapelbagai menu mengikut kreativiti masing-masing!

Sebagai contoh, patty burgerĀ bukan hanya untuk burger, tapi juga boleh digunakan untuk membuat telur bistik, kebab dan juga bakso.

5. Beli stok makanan yang lebih tahan lama

Pelbagai pilihan yang boleh didapati untuk makanan yang mempunyai tempoh masak yang tahan lama.

Selain daripada sardin dalam tin dan mi segera, telur masin, sayur jeruk, kacang kering dan pizza frozen juga dapat disimpan dalam tempoh masa yang panjang.

Sup, susu dan buah-buah juga boleh disejuk-bekukan supaya tahan lama. Buah-buahan tu boleh buat minuman smoothies. Sedap tu!

6. Elakkan keluar secara kerap

Hanya seorang yang keluar membeli seperti yang dikatakan oleh kerajaan.

Buat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum keluar, elakkan pergi ke tempat yang tidak perlu. Hanya beli yang disenaraikan.

Selepas selesai ambil barang yang perlu, segera membuat bayaran dan pulang ke rumah dengan segera.

Hal ini untuk elakkan anda dijangkiti virus covid-19.

Dan jangan lupa menukar baju anda dan basuh tangan sebaik sahaja tiba di rumah!

7. Bukan hanya makanan, tips ini juga untuk selain dari makanan

Untuk lebih berjimat pada Perintah Kawalan Pergerakan ini, elakkan pembaziran.

Jika boleh berkongsi ubat gigi, syampo dan lain-lain, lakukannya.

Tapi, jangan kongsi berus gigi pula. Berkongsi apa yang boleh sahaja.

Tambahan pula, jangan lupa juga untuk menyimpan ubat asas yang mungkin diperlukan jika anda sakit seperti demam, selsema dan alergik.

Kita perlu bertahan bersama-sama

Ini adalah masa dimana manusia diuji.

Ingat, perintah kawalan pergerakan ini adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat! Jangan pentingkan diri.

Berhenti dahulu berkumpul buat sementara waktu. Duduk di rumah masing-masing.

Dan juga, jangan lakukan pembelian panik dan sebarkan berita palsu!

Kita boleh! #stayathome

 

Sumber: KLFoodie

Baca juga: Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

3.3/5 (6 Reviews)
(This post has been visited 18,961 times!)