Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kapasiti Pengeluaran Ketiga-tiga Kilang Roti Utama Malaysia Hampir Ke Tahap Maksimun

Kapasiti Pengeluaran Ketiga-tiga Kilang Roti Utama Malaysia Hampir Ke Tahap Maksimun

Kategori: ,

Antara makanan asas rakyat Malaysia selain beras, tepung dan gula adalah roti. Ramai penggemar roti keping tidak berpuas hati kerana roti ini sudah semakin berkurangan di pasaran. Hal demikian mungkin disebabkan permintaan tinggi sehingga ramai yang tidak dapat memperolehinya.

Disebabkan kejadian itu, kerajaan telah memastikan operasi pengeluaran roti ini cukup di pasaran bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), memaklumkan melalui penulisan di laman Facebook milik beliau bahawa pihaknya telah melawat kilang-kilang pengeluaran roti utama negara iaitu Gardenia Bakeries Sdn.Bhd (Gardenia), The Italian Baker Sdn.Bhd (Massimo) dan Mighty Bakery Sdn.Bhd (Mighty White).

“Hasil semakan mendapati kapasiti pengeluaran ketiga-tiga kilang ini adalah hampir ke tahap maksimum serta dapat memenuhi keperluan semua rakyat. Rakyat Malaysia adalah diseru untuk membeli secara berhemah supaya tidak keputusan bekalan.” Tulis beliau.

Kenyataan tersebut turut di akhiri dengan slogan #kekaltenang dan #semuadapatroti. 

Jadi membelilah dengan berhikmah. Jangan diborong habis satu kedai. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau tak sempat dapat roti tu pun takpe, buat sendiri je roti.

Sumber : Siakap keli dan facebook.

tags: