Resepi kuih cakoi sedap tanpa guna yis. Boleh buat untuk makan petang. Pasti keluarga anda suka!
1. Satukan semua bahan dan campur sekati. Pada awak, doh memang sedikit melikit.
2. Uli sampai doh licin dan tak melekat di tangan.
3. Kemudian ratakan minyak masak ke seluruh permukaan doh.
4. Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman.
5. Canaikan doh memanjang seperti dalam gambar di bawah. Biarkan doh sehingga suhu bilik.
6. Potongkan doh berpasangan.
7. Ambil lidi dan celupkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air dan tekan macam dalam gambar.
8. Kemudian ambil satu lagi potongan dan letak di atasnya. Tekan menggunakan chopstick (atau guna sahaja apa-apa alat yang sesuai).
9. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Tarik doh memanjang dengan perlahan dan terus masukkan ke dalam minyak.
Minyak kena cukup panas dan sentiasa balik-balikkan cakoi supaya masak sekata.
10. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi: NunuPessa Hik (Facebook)