Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 4 Resepi Kopi Mudah Yang Patut Anda Cuba Selain Dalgona Coffee

4 Resepi Kopi Mudah Yang Patut Anda Cuba Selain Dalgona Coffee

Kategori: ,
4 Resepi Kopi Mudah

Beberapa minggu yang lalu, viral satu resepi kopi iaitu Dalgona Coffee yang telah menarik ramai orang untuk mencubanya. Resepinya yang sangat mudah untuk dibuat menarik minat orang untuk membuatnya.

Disini kami kongsikan 4 lagi resepi kopi mudah yang patut anda cuba selain Dalgona Coffee. Buat sambil pejam mata je bak kata orang.

4 Resepi Kopi Mudah Yang Patut Anda Cuba Selain Dalgona Coffee

1. Bulletproof Coffee

Bulletproof Coffee adalah daripada campuran mentega dan kopi! Kalau anda mencari kopi yang berkrim, kopi ini untuk anda. Tambahan juga, Bulletproof Coffee adalah kopi yang tinggi kalori, sesuai menggantikan menu sarapan pagi. Sebab itu kopi ini sangat terkenal dalam kalangan orang yang mengamalkan diet rendah karbohidrat!

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar unsalted butter 
  • 40ml kopi

Cara-cara:

Selepas anda membancuh secawan kopi, letakkan 2 sudu besar unsalted butter ke atasnya ketika ia masih panas. Dan siap!

2. Coffee Milkshake

Resepi kopi ni sesuai untuk sejukkan tekak dan menghilangkan dahaga kerana cuaca panas di negara kita! Hanya 4 bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan susu sejuk
  • 2 sudu besar kopi segera
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 4 sudu aiskrim vanilla

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kisar sehingga sebati dan siap untuk diminum. Nyum!

3. Coffee Cube Latte

Setiap kali minum kopi, ais akan mencair dan membuatkan kopi menjadi tawar. Tapi menggunakan resepi ini, hal itu tidak akan terjadi! Kerana selain daripada menggunakan kiub ais biasa, resepi ini anda perlu membekukan kopi untuk membuat kiub ais kopi!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kopi
  • 1/2 susu suam

Cara-cara:

  1. Bancuhkan 2 cawan kopi macam anda biasa lakukan dan biarkan ia sejuk seketika.
  2. Selepas ia sejuk, tuangkan kopi ke bekas pengekas kiub ais dan bekukan semalaman.
  3. Kemudian, letakkan kiub ais kopi yang telah beku ke dalam cawan dan tuangkan susu yang suam ke dalam cawan. Dan siap!

4. Yuangyang Tea (Hong Kong Style Coffee Milk Tea)

Jika anda pernah ke restoren ala-ala Hong Kong, mesti pernah dengar nama kopi ini. Untuk anda yang tidak tahu, kopi ini adalah gabungan daripada kopi dan teh susu. Kalau anda tidak boleh memilih antara kopi atau teh untuk diminum, resepi ini sesuai untuk anda!

Bahan-bahan:

  • 500ml teh
  • 200ml kopi
  • 100ml susus segar
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara:

Bancuhkan secawan teh dan secawan kopiDalam cawan lain, gabungkan teh, kopi, susu segar dan gula. Kacau sebati dan siap untuk diminum!

Jika suka minuman sejuk, letakkan di dalam peti ais sehingga sejuk.

Kredit: KL Foodie

Baca juga: Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi

 

 

tags: