Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Merungut Menu Makanan Percuma, Mahasiswa UM Dihentam Netizen

Akibat Merungut Menu Makanan Percuma, Mahasiswa UM Dihentam Netizen

Kategori: ,

Sebagai inisatif membantu pelajar-pelajar universiti yang terkandas dan tak dapat pulang ke rumah, kerajaan telah memberikan makanan percuma buat semua pelajar di IPT sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Tetapi, adalah satu perkara yang biasa apabila terdapat segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan.

“Bukan tak bersyukur, tapi tulah…”

Di Twitter, seorang mahasiswa Universiti Malaya meraih kecaman ramai apabila memuat naik gambar makanan yang diterima dengan meletakkan kata-kata yang menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

Antara gambar makanan yang dimuat mahasiswa ini adalah nasi campur ayam goreng dan juga nasi goreng bersama telur mata.

Sedih baca macam-macam rungutan!

Salah seorang penghantar bantuan makanan menyatakan dia amat terasa hati dengan rungutan yang telah dibuat oleh salah seorang mahasiswa UM tersebut.

Rungutan undang padah!

Sudah semestinya, rungutan mahasiswa terbabit dibidas kembali oleh netizen di laman Twitter. Ramai yang menyifatkan bahawa mahasiswa terbabit tidak bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan.

Ramai lagi yang tak makan ..

Tak reti bersyukur tu..

Kalau hari-hari biasa makan benda sama juga..

“Kolej kami lagi teruk, tapi tak nak hebah kat media sosial..”

Sumber : Twitter.

Sumber rujukan : borakdaily.com

tags: |