Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle ni sekali hadap sampai habis sebungkus roti! Sedap sangat sampai tak tengok kiri kanan. Cara buat pun sangat senang, jimat dari makan kat kedai.
Kalau buat sendiri baru boleh makan puas-puas, kan?Jadi apa kata jom cuba resepi Sangkaya Ala Boat Noodle ni!
Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle
Bahan-bahan:
- 1 Kotak santan
- 5 helai daun pandan (kalau besar guna 3-4 helai je)
- 1 sudu tepung jagung
- 1 biji telur
- 3 sudu gula (kalau rasa nak manis lagi boleh tambah)
- Sedikit gula melaka (nak letak lebih pon boleh)
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
- Mula-mula blend daun pandan dengan air. Agak-agak je berapa banyak ye. Asal boleh blend. Tapis dulu then campurkan air pandan tadi dengan kesemua bahan-bahan. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan periuk then kacau bahan tadi guna api slow ye. Kena kacau selalu biar tak jadi keladak. Kacau sampai jadi pekat. Sebelum jadi pekat tu rasa dulu manis ke tak. Jadi mase tu tambah la gula korang nak manis macam mana. Ok boleh tutup api.
- Roti pulak korang boleh potong 4. Lepas tu kukus sekejap. Dalam 1 minit je camtu. Agak2 roti dah lembut. Ok siap!
*sangkaya korang boleh nak letak susu cair macam dalam gambar tu or nak makan macam tu pon boleh. Ikut selera korang.
Selamat mencuba!
Kredit: Wanie Nnand