Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Resepi Ikan Bakar Sedap & Menyelerakan

10 Resepi Ikan Bakar Sedap & Menyelerakan

Kategori: ,

10 resepi ikan bakar yang sedap dan menyelerakan buat rujukan anda semua. Selamat mencuba!

1. Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 labu bawang besar
  • 3 hiris lengkuas
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2 ekor ikan cencaru
  • garam secukup rasa
  • gula melaka
  • daun pisang

Cara-cara:

  1. Kisar bersama cili giling, bawang besar, lengkuas dan serai.
  2. Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yg telah dikisar tadi.
  3. Masukkan garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
  4. Masak sehingga garing.
  5. Belah bahagian atas ikan cencaru. Sumbat / masukkan sambal dalam bahagian yg telah dibelah.
  6. Balut ikan dengan daun pisang.
  7. Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.

2. Resepi Ikan Bakar Sambal Sedap

Bahan-bahan:

  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 – 2 helai daun kunyit
  • 3 biji bawang putih
  • udang kering (dikisar bersama)
  • asam jawa
  • 2 inci kunyit hidup
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 20 – 25 lada kering (dikisar berasingan)
  • 2 inci halia
  • ikan pari secukupnya

Cara membuat sambal:

  1. Pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.
  2. Selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.

Cara Membakar Ikan (bahan-bahan):

  • sambal ikan bakar
  • alumunium foil
  • daun pisang

Cara Membuatnya:

  1. Pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.
  2. Letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.
  3. Jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

3. Resepi Ikan Bakar Sambal

Bahan-bahan:

  • 15 batang cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
  • 3 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cm belacan
  • 1 biji tomato
  • Kisar semua bahan hingga halus
  • 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut dengan asam jawa tanpa air. (Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur untuk hilangkan hancing)
  • Bila hendak guna, ikan pari dicuci bersih
  • Beberapa helai daun pisang
  • 3 biji atau lebih limau kasturi
    (untuk perah atas ika )
  • Daun ketumbar ( racik kasar )
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
  2. Alas daun pisang diatas dulang pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi. Bakar ikan hingga masak.
  3. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.

4. Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-Bahan (Kisar):

  • Cili Kering 15 tangkai (rebus biar lembut)
  • Cili Merah Besar 2 tangkai
  • Bwg Besar 4bji
  • Bwg Putih 3ulas
  • Halia (nk kurang nk lebih ikut masing2)
  • Kunyit Hidup (besar ibu jari)

#Sukatan bhn2 blend sesuai utk 2 ekor
#Sebelum masak Ikan tu sebaik2nya lumur dgn sedikit bacuhan tepung gandum utk hilang hanyir. Lps cuci bersih. Gaulkan dgn sedikit garam & serbuk kunyit.

Cara-cara:

  • Dah lengkap semua bhn boleh la start blend
  • Lps blend tumis dgn minyak smp cili masak
  • Perasakan dgn garam dan gula(biar manis sedikit tp jgn terlalu manis)
  • Kemudian kecutkan ikan dgn bhn tumis(mcm masak asam pedas)(ikan tu kelar2 dpn blkg supaya bhn2 semua serap)
  • Agak2 dh separuh masak. Angkat
  • Masukkan bendi dan petai. Tggu smp masak kemudian angkat.

#Last sekali bakar dlm daun pisang(pastikan daun pisang tu lebar nk elak cili tumis terkluar). Jgn lupa sumbat sekali balance cili tumis td dlm ikan. Xmo membazir. Agak2 bila dh garing sedikit boleh angkat dan hias dgn bendi dgn petai td. Bila nk makan baru perah limau kasturi.

Cili Kicap:

  1. Cili Padi Hijau & Merah
  2. Bwg besar sebiji
  3. Bwg putih 2ulas
  4. Sedikit Garam & Gula
  5. Kicap Lemak Manis. Tak kisah jenama ape pun janji yg manis jgn yg masin pulak.
  6. Blend semua bhn2 ats pastu perah limau kasturi dan hiris setangkai Cili Hijau Besar dan dadukan Buah Tomato.

5. Resepi Ikan Pari Bakar Sambal

Bahan-bahannya:

  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 1 – 2 helai daun kunyit
  • 3 biji bawang putih
  • udang kering (dikisar bersama)
  • asam jawa
  • 2 inci kunyit hidup
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 20 – 25 lada kering (dikisar berasingan)
  • 2 inci halia
  • ikan pari secukupnya

Cara Membuat Sambal:

  1. Pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.
  2. Selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.

Cara Membakar Ikan:

Bahan-bahan:

  • sambal ikan bakar
  • alumunium foil
  • daun pisang

Cara Membuatnya:

  1. Pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.
  2. Letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.
  3. Jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

6. Resepi Ikan Bakar Lemon

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia segar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat*
  • 1 inci halia ditumbuk lumat*
  • 5 sudu besar sos tiram*
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah*
  • 1/2 biji jus lemon*
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Sedikit garam*
  • Sedikit gula*
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit brokoli

Cara-caranya:

  1. Perap ikan dengan semua bahan yang bertanda * selama 1-2 jam dalam peti sejuk.Kemudian bakar dengan menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.Bila nampak telah masak masukkan lebihan kuah perapan dan tunggu sebentar lebih kurang 6-7 minit baru tutup api.
  2. Brokoli direbus sebentar dan ditoskan.Hidangkan ikan bakar dengan brokoli dan tomato .Tabur sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah diatas brokoli dan tomato.Siaappp.Senangkan.

7. Ikan Bakar Ala Sekinchan

Bahan-bahan:

  • 1 – 2 helai daun kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 2inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
  • 20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
  • Asam Jawa
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  4. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
  6. Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

Cara membakar ikan:

Bahan-bahan:

  • Sambal ikan bakar
  • Daun pisang
  • Aluminium foil

Cara-cara: 

  1. Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
  2. Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
  3. Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
  4. Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
  5. Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
  6. Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.

8. Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • secubit garam
  • 3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
  2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
  3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
  4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan air asam jawa.

9. Resepi Ikan Bakar dan Sotong Bakar

Ikan,sotong @ape2 la yg korang suka?
Daun pisang – utk alas nk bakar….x nk pn xpe..

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia sikit
  • Lengkuas sikit
  • Kunyit hidup sikit
  • Cili kering – buang biji,rebus,blend
  • Daun limau purut
  • Daun kesum
  • Serai

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan asam keping, gula, garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan daun kesum dan daun kunyit untuk kautkan bau aroma.

10. Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar
  • 5 helai daun limau purut – hiris halus
  • 3 sb minyak bawang putih ( cara2 buat minyak bwg putih ada ditulis dibawah)
  • 1 sk penuh garam
  • 1 sb penuh gula
  • Aluminium foil/daun pisang

Bahan di tumis:

  • 3 sb cili kering kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • Garam
  • Gula

** kisar semua bhn2 tumis diatas dan masak semua bahan2 tumis seperti memasak sambal..masak hingga pecah minyak.. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Untuk Minyak Bawang Putih – Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing.. Angkat dgn minyak2nya semua sekali..sbb minyaknya yg akan kita gunakan…Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan dan di toskan…Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan tumis tadi…Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
  3. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.
  4. Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai… Boleh dihidangkan, kalau suka perah laa sedikit limau kasturi diatas ikan.
tags: