Tidak dinafikan, masakan melayu memang kerap menggunakan santan contohnya untuk masak bubur, kari, masak lemak dan macam-macam lagi.
Sebahagian daripada kita akan memilih untuk menggunakan santan kotak kerana ianya mudah untuk didapati.
Tapi masalahnya bila santan kotak yang digunakan tidak habis, ia akan basi. Jadi, bagaimana sebenarnya nak elakkan santan kotak ni basi?
Jom ikuti perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini untuk membantu menyelesaikan masalah santan kotak ni basi.
Salam nak share cara simpan santan kotak. Pernah share sebelum ni. Nak share lg skli. Musim gaji ni kan hehe. Sy jenis beli santan kotak yg besar terus sbb lebih jimat.
Setengah org kalau beli santan kotak lepas bukak kalau x pakai dalam masa 3 hari dah basi santan nya. Ok lepas ni boleh buat cam ni ya..
bahan diperlukan 2: santan & plastik aiskrim.
1. Masukkan santan dlm plastik aiskrim ikut bajet skali pakai bila masak. santan ni pekat jd packing sikit2 pun dah cukup utk sy..
2. lps dah masuk santan tu ikat n terus masuk peti bawah. Jgn letak freezer. Letak kat peti bawah. Amik bila nak masak. Guna je mcm biasa.. pastikan labelkan tarikh luput kat santan tu.. siap
Kredit: Nelisa Sofea
Baca juga: Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?