Langkau ke kandungan

Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?

Resipi

5 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
Biskut Makmur

Teringin nak makan biskut makmur susu tapi tiada oven? Jangan risau. Resepi biskut makmur sesuai ini sesuai untuk anda kerana sama sekali tidak menggunakan oven. Caranya juga sangat mudah kerana hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Jom cuba!

Resepi Biskut Makmur

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 3 cawan
  • Gula kastor – setengah cawan
  • Planta – setengah cawan
  • Minyak sapi – setengah cawan
  • Susu – 1 cawan

#Kalau tiada minyak sapi, boleh guna margerin.

Cara-cara:

  1. Mula-mula goreng tepung tanpa minyak, kacau sampai kekuningan. Jangan sampai hangit pula. Bila dah kuning, angkat letak dalam bekas atau besen. Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?
  2. Cairkan planta dan minyak sapi, bila dah cair biarkan sejuk dahulu.Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?
  3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan rasa dahulu, jika kurang manis tambahkan lagi gula. Bila dah sebati, masukkan pula planta dan minyak sapi yang dicairkan tadi. Gaul rata sehingga adunan boleh dikepal bulat-bulat. Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?
  4. Tadaa dah siap buat bulat-bulat. Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?
  5. Bila dah siap kepalkan adunan bulat-bulat, kemudian balutkan dengan susu. Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?
  6. Siap biskut makmur cair di mulut tanpa bakar. Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?

Tak percaya, boleh lah cuba buat ya.

Selamat mencuba!

 

Kredit resepi: Mariatun Bibi

Baca juga: Ini Cara Buat Kuih Sagu, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga