Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara MUDAH Buat Ais Krim Sebijik Macam Neapolitan Nestle, Jimat Sangat

Cara MUDAH Buat Ais Krim Sebijik Macam Neapolitan Nestle, Jimat Sangat

Kategori: ,

Mengenangkan anak nak sangat aiskrim. Aiskrim lain dia tak nak, nak yang macam nie juga, kedai yang dekat dengan rumah takde jual jenis nie, nak keluar ke pasaraya tak boleh time pkp nie. Tunggu suami keluar beli hujung minggu baru boleh. Jadi try buat aiskrim mcm nie sebijik. Alhmdulillah seronok muka anak dapat aiskrim yang dia nak. Di sini saya share kan resepinya sekali. – Leeya Rosman

BAHAN -BAHAN :

  • 2 sudu besar ovellet
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 tin susu sejat |susu cair
  • 3 sudu milo
  • Pewarna merah dan coklat

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan ovellet, susu pekat, esen vanilla dan susu sejat
  2. Mixer 4 bahan tersebut smpai gebu kental.Lebih kurang 15minit macam tu la buat.
  3. Selepas itu bahagikn 3 warna, merah tu masukkan pewarna merah, putih tu yang ori, yg coklat tu letak milo dan pewarna coklat sikit.
  4. Lepas tu letak la dalam bekas dan bekukan 1hari.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Leeya Rosman via MAHN

 

tags: |