Sedapnya manisan sagu gula melaka ni, lagi enak jika dimakan bersama kelurga. Tambah lagi jika ia terhidang cantik sempurna.
Jom ikuti perkongsian daripada Nur Aqilah Jufri yang berkongsi resepi sagu gula melaka dan bagaimana cara untuk pastikan sagu dapat dimasak sebiji-biji tidak melekat.
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Kredit: Nur Aqilah Jufri