Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Masalodeh Yang Ranggup Di Luar & Gebu Di Dalam. Rasanya Memang A Plus!

Resepi Masalodeh Yang Ranggup Di Luar & Gebu Di Dalam. Rasanya Memang A Plus!

Kategori: ,
resepi masalodeh

Masalodeh atau dikenali juga dengan nama vadai ini merupakan antara hidangan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat India. Malah rakyat Malaysia juga ramai yang menggemari kuih ini. Nyatanya bukan orang India sahaja pandai membuatnya, orang Malaysia juga turut boleh menyediakan Masalodeh ini dengan rasa yang sedap. Lembut dan rangup!

Nak cuba buat sendiri Masalodeh ini? Kalau nak jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan pastinya tak menyesal jika membuatnya.

Cara Buat Masalodeh Yang Sedap Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan kacang dal (rendam lebih kurang 4jam/toskan)
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 biji cili merah*
  • 2 biji cili hijau*
  • 5 tangkai cili kering*
  • 2 tangkai daun kari*
  • 1 sdb jintan manis ditumbuk kasar
  • garam/perasa secukupnya (boleh juga masukkan 1 sdt maggie cukup rasa)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Cincang atau hiris bahan bertanda *.
  2. Blend kering kacang dal. Asingkan 2 genggam dan kisar kasar.
  3. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
  4. Kepal-kepalkan atau bentukkan.
  5. Goreng sehingga masak dan kekuningan menggunakan api yang sederhana.
  6. Siap dihidangkan.

*Tip tak bagi hancur ketika menggoreng masukkan sejam dua dalam peti sejuk

Sangat mudah kan nak buat Masalodeh ini? Lelaki bujang pun boleh cuba buat tau. Walaupun kelihatan agak susah namun percayalah ianya sangat mudah. Hasilnya juga membuatkan anda puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook Mas Cotek

Baca juga: Resepi Tosei Bersama Idli Dan Chutney Kelapa, Makanan Tradisional India Yang Sangat Sedap

tags: |