Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Apem Tepung Beras

Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Apem Tepung Beras

Kategori: ,,
Resepi Kuih Apem Tepung Beras

Pada entri kali ini, kami akan kongsikan Resepi Kuih Apem Tepung Beras. Resepi yang sangat ringkas dan bahan yang senang untuk diperolehi.

Kuih ini sangat sesuai disajikan waktu minum petang anda semua atau makanan ringan semasa majlis-majlis kecil. Berikut adalah resepi kue apem dari tepung beras yang mekar dan enak.

 

Resepi Kuih Apem Tepung Beras

 

Bahannya adalah:

  • 12 sdm tepung beras
  • 5 sdm tepung terigu
  • 7 sdm gula pasir / sesuai selera
  • 1 sachet SKM
  • 200 ml air
  • Fermipan 1 sdt
  • Baking powder 1 sdt
  • Pewarna makanan sesuai selera

 

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan air dan susu kental manis dan gula pasir dan masak hingga larut.
  2. Kemudian masukkan fermipan dan aduk hingga sebati.
  3. Campurkan tepung beras dan tepung terigu kemudian ayakkan dan masukkan kedalam adunan susu.
  4. Gaulkkan sehingga sebati dan merata. Diamkan adunan selama 30 minit. Kemudian tambahkan baking powder dan adukkan sebati. Bahagikan adunan kepada dua dan campurkan satu adunan dengan warna coklat.
  5. Masukkan adunan kedalam bekas berbentuk mengikut citarasa anda semua.
  6. Kukuskan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |