Kacang goreng crispy ditambah pula dengan rasa pedas memang terbaik. Sesuai dijadikan kudapan semasa menonton telivisyen. Ngap-ngap dah habis, sekejap je. Kalau yang nak diet tu, sesuai la makan kacang ni. Tapi kalau yang alergik kacang janganlah makan ye.
1. Gaulkan kacang dengan telur sehingga rata
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan gaul rata
3. Panaskan minyak
4. Goreng dalam minyak panas dan api yang sederhana
5. Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Wajib biarkan sejuk dulu dan toskan minyak supaya ranggup.
8. Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Sumber : keluarga.my