Biasa kalau menggunakan ikan siakap, masakan apa yang membuatkan anda paling suka? Kalau makan tu menambah-nambah nasi. Walaupun ada lebih 30 resepi ikan siakap kat luar sana, kira-kira 1/3 daripada warga Malaysia gemar makan ikan siakap stim ala thai ini. Kali ini seorang wanita ada berkongsi resepi ikan siakap stim di laman Facebook sehingga meraih 8.6K pada ketika ini.
BAHAN-BAHAN :
- Seekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 5 hirisan halia
- 3 tangkai cili kecik merah
- 3 tangkai cili kecik hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan
CARA KUKUS IKAN:
- Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
- Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
- Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
- Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
CARA MASAK KUAH STIM ALA THAI :
- Cincang bawang putih secara kasar
- Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
- Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
- Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
- Kacau kuah sehingga sebati.
LANGKAH TERAKHIR :
- Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
- Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
- Sedia dihidang.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Zurina Zulkefli via MAHN