Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Ayam Penyet Homemade, Buat Sendiri Je Musim PKP Ni

Nasi Ayam Penyet Homemade, Buat Sendiri Je Musim PKP Ni

Kategori: ,
Nasi Ayam Penyet

Nasi ayam penyet memang telah menjadi kegemaran ramai orang. Lagi-lagi kalau sambal dia tu menjadi, memang padu! Kebiasaannya, kita asyik makan kat kedai je sebelum ni bukan? Jadi apa kata sempena musim PKP ni, jom cuba buat sendiri je kat rumah. Dengan menggunakan resepi ini memang sangat mudah!

Jom ikuti perkongsian daripada Puan Jida Jat ini. Semoga bermanfaat.

Nasi Ayam Penyet Homemade

Bahan-bahan sambal:

  • Bawang Besar – 1 Labu
  • Bawang Putih – 3 Ulas
  • Cabai Merah – 4 Biji
  • Cabai Melaka Hijau – 20 biji
  • Tomato – 3 Biji
  • Belacan Sikit (Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh)

Cara-cara:

  1. Goreng semua bahan sambal. Bila dah layu, toskan.
  2. Kemudian, blender atau tumbukkan semua bahan, masukkan juga perasa sesedap rasa.

Bahan Ayam Goreng:

  • Tepung Gandum 4Sudu
  • Tepung Jagung 4 Sudu
  • Kunyit
  • Rempah Kari Daging
  • Sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam tadi dan goreng.

Bahan tempe:

Gorengkan sahaja tempe yang dibeli di kedai.

Bahan-bahan ulam:

  • Salad
  • Kacang Panjang
  • Timun

 

Kredit: Puan Jida Jat

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker, Tanpa Perlu Rendam Pun Jadi!

tags: |