Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Arab Paling Mudah, Guna Bahan Yang Ada Kat Rumah Je

Nasi Arab Paling Mudah, Guna Bahan Yang Ada Kat Rumah Je

Kategori: ,
Nasi Arab Paling Mudah

Kalau dengar nasi arab je mesti rasa susah nak buat kan? Jangan risau, mudah je sebenarnya. Dengan menggunakan resepi ini, memang senang sangat nak buat! Jom ikuti resepi nasi arab paling mudah daripada Nur Aisya ini.

Resepi Nasi Arab Paling Mudah

Try buat nasi arab pakai bahan2 kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dgn jayanya. Menu berbuka semalam. Untuk 6 org makan. Kongsi jgk la mana tau ada yg berkenan.

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Ayam sy guna 3 whole leg
  • Bawang besar 1 biji (kalau besar guna separuh)
  • Tomato 1 biji
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk biji ketumbar
  • Buah pelaga 3 biji
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 sk rempah kurma
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.. Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.
  2. Bila ayam sudah masak, angkat ayam dr air rebusan.

Bahan untuk perap ayam:

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa
  • Madu/gula 1 sudu
  • Minyak masak 2 sudu

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan sapu pada ayam. Perapkan sementara siapkan nasi.
  2. Lepas tu panggang.
  3. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja.. 30minit… Nnti dh bakar 15minit.. Keluarkan sekejap.. Sapu lebihan bahan perap td. Bakar semula.. Nanti ayam kilat dan cantik.
  4. Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi sy lebih suka aroma panggang..

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Bwng besar sebiji
  • Halia 1 inci
  • 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)

Cara-cara:

  1. Panaskan majerin/butter dan klu nk sedap minyak sapi.
  2. Masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.
  3. Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehinggan garing.. Baru nasi sedap. Beras basmathi rendam dlu 30minit yer.
  4. Air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk..
  5. Beras dah siap macam ni… Kalau beras biasa sukatan mcm biasa la yer.. Tp klu basmathi sy guna 1 cup beras = 2 cup air.
  6. Nasi dah siap… Bila nasi dah kering. Tuang la pewarna. Tutup dulu. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa. Daun ketumbar. Ni yg buat bau dia sedap.

Bahan-bahan Salsa/sambal arab

  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam sedikit
  • Jus lemon

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon.

Bahan-bahan Salatoh (acar):

  • Tomato
  • Timun
  • Bawang besar
  • Pudina
  • Gula
  • Garam
  • Jus lemon

Cara-cara:

  1. Potong kiub bahan2 diatas.
  2. Hiriskan pudina
  3. Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon. Siap!

Kredit: Nur Aisya

Selamat mencuba!

tags: