Langkau ke kandungan

Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap

Resipi

12 bahan, 7 langkah

Terus ke resipi
Kuih Tako

Resepi kuih tako ini memang sangat senang sebab tak perlu kukus. Yang pasti memang sedap, sesuai sangat untuk berbuka puasa. Jom cuba buat kuih tako menggunakan resepi perkongsian dari ‎Nora Atikah‎ ini. 

Resepi Kuih Tako

Bahan-bahan bekas:Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap

  • Daun Pandan Secukupya
  • Stepler
  • Lidi Untuk Ukuran
  • Gunting

Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap

Kalau nak tengok step boleh je tengok dekat youtube.

Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang SedapTak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap

Bahan-bahan lapisan bawah (hijau@pandan):

  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan air masak
  • 2 cawan air pandan
  • 1 cawan gula
  • Pewarna hijau setitik

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan2 diatas. Kacau sampai sebati dulu. Naikkan atas api, api sederhana kemudian perlahan.
  2. Nampak dah adunan mengelegak likat masak, tutup api.Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap
  3. Boleh ambil dan letak dalam acuan pandan or bekas kecil. Siap lapisan bawah.Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap

Bahan-bahan lapisan atas (santan@putih):

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan (saya guna santan kotak kara kecil . Jadikan 4 cawan)
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan2 diatas kacau sebati, naik atas api.
  2. Kacau sampai masak atau mengelegak. Tutup api.Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap
  3. Ambil dan masukkan dalam bekas atas lapisan bawah @ hijau tadi..Tak Perlu Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap
  4. Taraaa siap. Masukkan dalam peti ais sejukkan nak dekat berbuka baru keluarkan.

Kredit: ‎Nora Atikah

Selamat mencuba!

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga