Jika anda mempunyai lebihan nasi yang tidak habis, pasti akan disimpan di dalam peti atau dibuat nasi goreng kan? Tapi apa kata kali ini, jom cuba buat apam nasi menggunakan lebihan nasi itu. Memang sedap dan mudah untuk dibuat. Jom cuba buat apam nasi menggunakan resepi oleh Nurul Izzah Joelati ini.
Resepi Apam Nasi
Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 1/4 cawan air suam
- 3/4 cawan gula halus
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar yis mauripan
- Setengah sudu kecil garam
Cara-cara:
- Kisarkan nasi sejuk, air suam dan gula halus.
- Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung beras, tepung gandum dan yis. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan garam halus dan kacau sebati.
- Perapkan selama setengah jam hingga 1 jam di dalam bekas tertutup rapat.
- Tuang ke dalam acuan yang disapu dengan minya.
- Kukus selama 15 minit.
#Boleh gunakan pewarna pilihan anda untuk menaikkan selera.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Roti Canai Guna 3 Bahan Sahaja, Mudah & Sedap