Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Confirm Menjadi!

Ini Cara Buat Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Confirm Menjadi!

Kategori: ,
kek sarang semut guna periuk nasi

Resepi kek sarang semut ini untuk anda yang tiada oven. Jangan risau, kalau nak buat kek sarang semut guna periuk nasi pun menjadi jugak. Sarang yang terhasil pun menjadi & cantik! Resepi perkongsian oleh Hiyati Ismail. 

Resipi Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi

Hi uollsss. Ni 2nd time sis buat kek sarang semut guna rice cooker.. sblm ni x sempat nak tunjuk gambar yg dh potong.. Masa tu ramai yg tanya jdi x sarang semutnya siap minta photo.. sedih nk jawab sbb masa tu kek nya semua dah abis masuk perut.
Hari ni sis buat sekali lagi & ambik gambaq siap2.
Sarangnya jdi.. tpi sis seram tngk lobang2 tu.. jdi sis potong sikit je mcm tu.. yg lain sis potong menegak.. baru x seram nk makan.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 125 gram butter
  • 4 biji telur ayam gred B
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 camca besar baking soda (wajib)
  • 1 unit rice cooker

Cara-cara:

  1. Panaskan guna, guna api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).
  2. Bila dah nampak keperangan, tuangkan air panas sikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian perlahankan api sehingga gula hangus tadi dan air sebati.
  3. Kemudian masukkan butter dan kacau. Biarkan seketika.
  4. Masukkn 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat.
  5. Masukkan tepung baking soda, kacau sebati.
  6. Kemudian tuangkan air gula hangus tadi (ketika masih suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
  7. Griskan rice cooker, kemudian tuangkan adunan ke dalam rice cooker. Tudungkan dan tekan button memasak.

Ni lah periuk nasi yg saya guna.. sblm ni cuma tahu.. periuk ni blh masak nasi je

Masa ni semerbak satu rumah bau nya..

Tadaaa.. Ni lah kejadian selepas keluarkan kek sarang semut dri rice cooker.

Meremang tengok aihhhh..

Potong mcm ni baru lah selera nak makan

Selamat mencuba!

tags: