Ramadan tahun ini sudah masuk minggu ke dua. Rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk memasak di rumah berbanding membeli di luar. Tambahan lagi pada musim PKP ini, kalau boleh pergerakan ke tempat awam perlu dielakkan. Lagipun, masak sendiri lagi jimat kan. Kalau anda dah buntu nak masak apa, jom cuba resepi ayam bakar berempah yang dikongsikan oleh Pari Malar Thoraisingam di laman Facebook melalui group MAHN.
Resepi Ayam Bakar Berempah ‘Viral’ Dan Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 ayam potong 4
- 1 bawang putih kisar
- 2 cm halia kisar
- 1 bawang merah kisar
- 4 sb gula merah
- 1 kiub ayam hancurkan
- 2 sb serbuk cili
- 1 sb kunyit
- 4 sb sos tiram
- 1 sb serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
- 1 sb serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
- Garam
- 3 sb jus limau
- 2 sb butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar
Cara-cara:
- Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus diatas ayam.
- Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam.
- Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.