Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Ramai Yang Dah Buat Memang Menjadi!

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Ramai Yang Dah Buat Memang Menjadi!

Kategori:
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Resepi ayam bakar ala Kenny Rogers perkongsian oleh Nur Aisya. Ramai yang dah cuba buat menggunakan resepi ini, memang confirm sedap dan anak-anak pun makin berselera. Jom cuba!

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang holand sebiji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 1/2 inci
  • Lada hitam
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram
  • Kiub ayam
  • Sedikit gula jika perlu

Bahan-bahan lain:

  • Ayam seekor/ whole leg 4
  • Kentang sebiji

Sayur untuk dibakar bersama ayam (apa yg ada je boleh):

  • Brocoli
  • Carro
  • Kentan
  • Bwng holand
  • Shitake mushroom

Cara-cara:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
  3. Masukkan kiub ayam.. Tadi lupe blend sekali. Aapa yg kurang, topup la masa ni. Macam sos tiram ke.
  4. Masukkan ayam. Ayam ni kecik je. Rm7 sekor.
  5. Masukkan kentang.
  6. Ni la cara saya. Saya mmg akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat utk pastikan ayam masak waktu dibakar.
  7. Blend kentang yang direbus bersama ayam tadi. Tuang semula dlm kuali.
  8. Lepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak2. Creamy.
  9. Letak ayam dalam tray. Letak la sayur yang ada.. Sukati la nk sayur apa. Sayur boleh letak sekali. Sebab ayam dah masak.. Tiggal bagi garing bahgian luar je.
  10. Sebelum masuk oven. Letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200, 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah. Selebihnya. Api atas sahaja.
  11. Siap bakar dah. Kuah2 sikit tu makan ngan nasi nanti.

Kalau makan dengan nasi planta lagi best.

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Planta
  • Halia hiris
  • Bwng besar hiris

Cara-cara:

  1. Cairkan planta tumis bwng besar dan halia. Bagi layu2 je.
  2. Masukkan beras. Garam sedikit dan gula sedikit. Bagi rasa balance.
  3. Sukat air mcm biasa. Masak nasi dalam periuk biasa.

Beberapa feedback yang dikongsi oleh mereka yang telah mencuba resepi ini.

Selamat mencuba!

tags: