Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Honey Lemon Chicken Simple Hanya Guna Air Fryer, Cara Masak Paling Mudah Dengan Rasa Paling Sedap!

Resipi Honey Lemon Chicken Simple Hanya Guna Air Fryer, Cara Masak Paling Mudah Dengan Rasa Paling Sedap!

Kategori:

Kepada peminat tegar barang elektrik Air Fryer, ini adalah resepi yang terbaik untuk anda. Gabungan antara honey lemon bersama drumstick ayam membuatkan ianya menjadi rasa masam dan manis. Sosnya sangat sedap hingga membuatkan anak-anak mahupun anda menjilat jari.

Ini adalah resepi Honey Lemon Chicken Simple Air Fryer yang membuatkan anda tergila kerana addicted untuk makan dan makan lagi.

Resipi Honey Lemon Chicken Simple Hanya Guna Air Fryer, Cara Masak Paling Mudah Dengan Rasa Paling Sedap!

Resepi Honey Lemon Chicken Simple Air Fryer ini dikongsikan oleh Linda Safar di media sosial Facebook beliau. Mendapat kongsian yang banyak dari para pengikutnya dan ingin mencuba resepi ini.

Honey Lemon Chicken

Bahan-Bahan:

  • 8 drumstick ayam
  • Hirisan bawang putih
  • Perencah new orleans
  • Sedikit gula (optional)
  • Hirisan lemon
  • Madu

Cara Penyediaannya:

  1. Bersihkan ayam dan campur dengan hirisan bawang putih.
  2. Tabur perencah new orleans dan sedikit gula.
  3. Perap selama 1 jam.
  4. Susunkan hirisan lemon di dalam air fryer.
  5. Kemudian susun ayam tersebut di dalam air fryer dan set suhu 180 celcius selama 10 minit.
  6. Akhir sekali, sapu madu diatas ayam dan bakar lagi selama 10 minit.

Honey Lemon Chicken

Honey Lemon Chicken Honey Lemon Chicken

Boleh dimasak untuk waktu pagi, petang dan juga malam. Mesti anak anda minta untuk dimasak setiap hari kerana rasanya persis seperti drumstick di Pizza Hut.

Selamat Mencuba!

Kredit: Linda Safar

Baca Juga: Koleksi Resipi Ayam Yang Sedap & Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

tags: | |