Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Koleksi Resipi Ayam Yang Sedap & Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

Koleksi Resipi Ayam Yang Sedap & Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

Kategori:

Sudah tiada idea nak masak apa menggunakan lauk ayam untuk berbuka puasa? Jom lihat senarai koleksi resipi ayam yang sedap, ringkas dan mudah untuk dicuba.

Tak perlu pening kepala dah selepas ini, guna sahaja resipi ini setiap kali sedang mencari idea. Semoga bermanfaat ya!

Koleksi Resipi Ayam Yang Sedap & Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

1. Resipi Ayam Bakar Madu Berempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inch halia*
  • 1 inch kunyit hidup*
  • 1 sd ketumbar*
  • 1 sd jintan manis*
  • 1 sd jintan putih*
  • Kicap manis
  • Sedikit gula
  • Garam
  • Madu

Cara-cara:

  1. Kisar halus bahan bertanda (*).
  2. Gaul ayam bersama bahan kisar halus, kicap manis (agak-agak) jangan terlalu banyak nanti ayam jadi hitam, gula dan garam.
  3. Perap ayam semalaman atau 2 hingga 3 jam.
  4. Bakar dalam air fryer pada suhu 160 selama 30 minit atau bakar menggunakan oven.
  5. Bila ayam dah masak, sapu madu pada ayam dan bakar semula selama 15 minit pada suhu 120.

2. Resipi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang putih + halia (ditumbuk)*
  • Bawang merah + Bawang besar + Serai (dipotong)*
  • Cili (diketuk)*

Bahan A:

  • Ayam
  • Celery
  • Carrots

Bahan B:

  • Kiub Ayam Knorr
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce

Bahan C:

  • Daun Ketumbar / Coriander
  • Hirisan bawang besar (wedges)
  • Cili potong
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Perahan asam limau nipis

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan tumis. Masukkan juga hirisan lemak ayam. Tumis sehingga layu, garing dan wangi menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan air secukupnya. Apabila air sudah menggelegak, masukkan ayam yang sudah dibasuh. Kemdian, masukkan pula celery dan carrots. Tutut periuk dan biarkan seketika sehingga ayam masak.
  3. Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C, kacau rata dan siap!

3. Resipi Ayam Kunyit Berlada

Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecik (perap bersama serbuk kunyit, serbuk cili, garam, tepung beras)
  • Bawang merah, bawang putih, lada kecil, lada besar halia (kisar kasar atau guna chopper)
  • Gula perang
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.
  2. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan yang sudah dikisar kasar atau guna chopper menggunakan minyak ayam tadi.
  4. Masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Kacau rata.
  5. Bila tumisan dah cantik, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Masukkan juga bawang holland, tomato dan lada benggala.
  6. Gaul sebati sehingga rata. Siap!

4. Resipi Ayam Percik Merah

Bahan-bahan:

  • Ayam – cuci bersih, potong dan tos
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kunyit hidup – dikisar
  • Ketumbar & jintan manis- dikisar halus

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan tanpa minyak, pastikan garam gula secukup rasa.
  2. Masukkan ayam, masak hingga setengah masak.
  3. Kemudian letak ayam diatas stand. Renyis olive oil atau minyak masak. Bakar guna oven/air fryer. Jika bakar guna air fryer, guna suhu 200C selama 15 minit. Kalau guna oven, guna suhu 180C selama 20 minit.
  4. Bakar sehingga masak.

5. Resipi Sayap Ayam Madu (Honey Chicken Wings)

Bahan-bahan:

  • Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
  • Brown sugar
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Serbuk cili – untuk naikkan warna ayam & rasa pedas
  • Honey
  • Garam

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan perap bersama ayam. Lagi lama perap, lagi sedap.
  2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 170 selama 15 minit, kemudian tambah masa 6 minit pada suhu 180c. Boleh juga bakar menggunakan oven.
  3. Selamat mencuba!

6. Resipi Ayam Kukus Masak Kicap

Bahan-bahan (kuantiti bahan mengikut selera masing-masing):

  • Ayam bahagian peha penuh (cuci bersih, buang tulang dan toskan)
  • Halia (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Garam
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Lada hitam
  • Chicken seasoning

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Tumis sehingga brown. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan ayam dalam minyak, biar dalam 1-2 minit. Kemudian terbalikkan ayam biar masak sisi satu lagi tu juga dalam 1-2 minit. Api besar hati-hati, letak penutup sebab nanti ayam meletup2. Jangan lama nanti hangus. *Nak terus kukus boleh, tapi saya lebih suka aroma tumis tu.
  3. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram kalau suka, minyak bijan, lada hitam, chicken seasoning, kacau sebati & perap ayam sekurangnya 30min. Nak letak kicap masin skit pun boleh. Sesuai selera ye.
  4. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak.
  5. Dah masak, angkat & hiris ayam menjadi kepingan, tuang kicap manis sikit di atas nya. Hiris cili padi & buah limau kasturi kemudian tabur atas ayam.

7. Resipi Ayam Mayonis Bakar

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Madu/gula
  • Mayonis

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ayam.
  2. Satukan semua bahan kecuali mayonis bersama ayam sehingga sebati.
  3. Susun ayam dalam tray yang beralaskan baking paper.
  4. Kalau nak nampak kejadian ayam tu macam dalam gambar, lepas susun ayam dalam tray tabur serbuk lada hitam dan letakkan sedikit mayonis atas ayam tu.
  5. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit. Kemudian, terbalikkan semua ayam dan bakar semula selama 10 minit. Selamat mencuba!

8. Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nandos

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji tomato
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang merah /Holland
  • 2 sudu serbuk paprika/cili
  • 1 biji lemon
  • 1 cubit oregano
  • 1 cubit parsli
  • 2 sudu minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
  2. Bakar cili merah, bawang putih, tomato dan bawang merah/holland. Goreng tanpa minyak untuk dapatkan aroma smoky.
  3. Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
  4. Perah separuh lemon. Jika tiada, gantikan dengan limau nipis.
  5. Masukkan minyak 2 sudu.
  6. Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
  7. Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
  8. Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
  9. Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
  10. Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection. Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
  11. Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
  12. Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam.
  13. Pekatkan sos dengan bancuhan air tepung jagung. Tuangkan ke atas ayam yang sudah masak. Selamat mencuba!

9. Resipi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Bawang kecil
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Hadia
  • Daun kari
  • Daun pandan 2 helai
  • 4 sekawan
  • Cili kisar yang dikisar bersama bawang putih dan lengkyas
  • Sos cili, tomato sup separuh tin
  • Garam, gula, perasa, madu
  • Daun sup, daun bawang

Cara-cara:

  1. Goreng ayam separuh masak.
  2. Tumis bawang kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan 4 sekawan.
  3. Masukkan cili kisar.
  4. Masukkan sos cili dan tomato sup, kacau sehingga pecah minyak. Kalau pekat tambah air.
  5. Masukkan garam, gula, perasa dan madu.
  6. Masukka ayam dan biarkan mendidih lama. Kalau pekat tambah air, jangan terlalu pekat dan cair.
  7. Bila dah masak, masukkan daun sup dan bawang. Tutup api dan curahkan lagi madu. Siap!

10. Resipi Ayam Meraung Bakar Thai

Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam):

  • Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah/hitam
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan kecuali daging/ayam, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
  2. Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
  3. Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.

Bahan sos:

  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung/nisan Thai
  • Serbuk cili kasar
  • Beras goreng
  • Daun ketumbar (cincang)
  • Akar ketumbar (cincang)
  • Cili padi (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Bawang putih (cincang)

Cara-cara:

Bancuh semua bahan, perasakan.

Selamat mencuba ya!

tags: |