Spaghetti Carbonara Tomyam merupakan antara resepi lain dari lain. Jarang sekali ada di jual di kedai, ia merupakan antara hidangan yang sangat enak dan menyelerakan. Rasanya masam manis pedas dan penuh berkrim pasti akan memekat selera anda serta anak-anak.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Aein Mohamad di bawah ini. Tak menyesal punya lepas cuba nanti. Hari-hari terasa nak buat tau.
(untuk 3 orang makan)
Untuk ayam grilled pula : Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.
P/s : Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.
Mudah sahaja kan nak buat Spaghetti Carbonara Tomyam ini? Nanti kalau dah buat, jangan lupa kongsikan kesedapannya dengan jiran-jiran ya. Pasti mereka suka punya.
Kredit: aein mohamad
Baca juga: Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak