Ini dia resepi char kuey teow original penang. Sedap sangat aih. Makan sepinggan tak cukup. Biasa kalau nak cari kat kedai pun susah nak jumpa kuey teow original penang lepastu sedap pulak. Korang cuba la resepi ni, tak menyesal punya.
UNTUK PASTE
Bahan-bahan:
- 200 gm udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sb sos tiram
- 3 sk kicap pekat
- 3 sb kicap manis
- 1 sk petis
- 2 sb pati ikan bilis / pati udang
- 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
- 1 sk gula
Cara Penyediaan:
- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
- Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.
UNTUK MEE
Bahan-bahan:
- 300 gm kuey teow
- 1 sb cili boh
- kerang
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji telur
Cara Penyediaan:
- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4 sb paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
- Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Resepi Masakan Melayu