Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Pandan Bakar Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kuih Pandan Bakar Yang Sedap Dan Mudah

Kategori: ,

Resepi kuih pandan bakar ini sangat mudah untuk disediakan. Rasanya juga sedap. Kuih bakar merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Ia berwarna hijau dan menggunakan daun pandan sebagai pewarna. Baunya juga harum dengan bauan pandan.

BAHAN-BAHAN:

  • 8 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar margerin
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
  • Sedikit Bijan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sebelum membuat adunan , panaskan oven pada suhu 170 .
  2. Blend kan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.
  3. Masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender then blend rata.
  4. Tapis adunan ,tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak
  5. Taburkan bijan di atas permukaan adunan
  6. Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.
  7. Cucuk kuih bakar dengan lidi , jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak
  8. Pastikan kuih bakar betul2 sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Nur Aisyah Nasa Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Popia Bersalut Coklat Yang Viral, Rasa Dia Memang Umphh!

 

tags: |