Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Indulgence Box Viral’ Azlina Ina, Memang Tak Akan Mengecewakan

Resepi ‘Indulgence Box Viral’ Azlina Ina, Memang Tak Akan Mengecewakan

Kategori:
indulgence box viral

Jom cuba resepi indulgence box viral Azlina Ina ni, resepi perkongsian oleh beliau sendiri. Menurutnya, setiap kali dibuat jual memang laku keras macam bom jangka! Semoga resepi yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua sama ada untuk jualan atau makan sendiri di rumah. Terima kasih atas resepi Cikgu Azlina Ina!

Resepi ‘Indulgence Box Viral’ Azlina Ina

Bahan-bahan kek:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus (200-220g)
  • 1 sb ovalate
  • Sedikit emolco coklat
  • 2 cawan tepung gandum(220g)*
  • 1 sk baking powder*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • Sedikit garam halus*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 cawan susu pekat (265g)
  • 1 cawan minyak masak (200g)
  • 1/2 cawan air panas (100g)

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula halus, ovalate dan emolco coklat. Pukul sebati sehingga gebu.
  2. Ayakkan semua bahan bertanda (*).
  3. Masukkan dahulu susu pekat dan minyak masak.
  4. Perlahan mixer dan masukkan tepung yang diayak tadi dan masukkan air panas berselang seli.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan dalam 1/4 bekas sq 450 sebab nanti dia jadi tinggi lepas kukus, kukus selama 15 minit menggunakan api besar.
  7. Sementara tunggu kek sejuk, jom buat ganace coklat dulu supaya dia sejuk sebelum buat cream.

Bahan-bahan ganace (topping):

  • 500g coklat blok berys dark compound (nak campur milk dan dark pun boleh)
  • 1/2 kotak whipping cream dairy
  • 2 sb butter

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Cairkan guna kaedah double boil atau guna pengukus/oven.
  2. Bila coklat dah lembut, whisk sebati.
  3. Dan rehatkan sehingga dia jadi agak pekat dalam suhu bilik.

Bahan-bahan cream:

  • 500g cream cheese
  • 1/2 kotak whipping cream non dairy
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 sb gelatin halal (dicampur 1/2 cawan air panas)

Cara-cara:

  1. Mix cream cheese sampai sebati kemudian masukkan whipping cream. Mix sehingga gebu.
  2. Masukkan separuh gelatin yang dicairkan tadi dan kacau sebati.
  3. Separuh lagi masukkan dalam topping ganace tadi dan kacau sebati.
  4. Bahagi dua bahagian adunan yang dpukul gebu tadi. 1 bahagian letakkan 3sb ganace coklat dan 3sb nutella serta emolco coklat dan kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan cream putih macam tu.
  5. Letakkan dulu cream coklat di atas kek, kemudian lapik kek lagi baru letakkan cream putih.
  6. Sejukkan dulu baru tuangkan ganace.
  7. Taburkan deco rice coklat atas dia.

Selamat mencuba!

tags: |