Jom cuba resepi air Chocolate Chip Frappucino ala-ala starbucks ni. Tak payah beli kat kedai dah. Nak beli tak salah, tapi nak cuba buat sendiri kat rumah pun tak salah kan? Hanya perlu 3 bahan mudah, dah boleh dapat minum minuman ala starbucks.
Resepi Chocolate Chip Frappucino (Ala Starbucks), Guna 3 Bahan Mudah Jer!
Bahan-bahan:
- Susu coklat (sy guna farm fresh premium choc milk, tak manis tak muak, SEDAP!)
- Choc chip (lebihan buat biskut raya )
- Ais
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan, kemudian blend.
- Senang kan! Rasa ala-ala choc cream chip starbucks. Tambah whipping cream, lagi sedap.
- Kalau nak rasa java chip (mocha) boleh tambah cafe latte farm fresh.
Kredit: mohd fadzli
Selamat mencuba!