Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Rahsia Kuah Rojak Yang Sedap, Pekena Sekali Nak Berkali-Kali

Ini Resepi Rahsia Kuah Rojak Yang Sedap, Pekena Sekali Nak Berkali-Kali

Kategori:

Kuah rojak yang sedap ini dikongsi oleh Ameera di laman facebook miliknya. Sesiapa yang menggilai rojak buah, memang boleh cuba kuah rojak buah ini. Memang lain dari yang lain dan memang betul-betul sedap. Bukan anak-anak je suka nanti, semua warga umur akan menyukainya.

Ini Resepi Rahsia Kuah Rojak Yang Sedap, Pekena Sekali Nak Berkali-Kali

BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol kicap
  • 2 sudu besar sos cili
  • Kacang tanah ( goreng, tampi dan kisar)
  • Gula kabong
  • 3 senduk gula putih
  • 1 sudu asam jawa
  • 3 sudu tepung jagung ( Bancuh dengan air)
  • Bijan (goreng sehingga kekuningan)

Bahan Kisar :

  • 10 biji cili padi
  • 7 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • Belacan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan kicap ke dalam periuk ( 1 botol)
  2. Masukkan gula kabong dengan api yang perlahan sahaja.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan yang di kisar tadi.
  4. Masukkan sos cili, gula putih dan asam jawa.
  5. Kemudian masukkan pula otak udang. Gaul rata, jangan sampai melekat di bawah nanti hangit.
  6. Gaul sehingga sebati, apabila sebati masukkan air tepung jagung.
  7. Gaul lagi sehingga kuah tersebut sedikit pekat. Apabila dah pekat masukkan bijan goreng ke dalam kuah.
  8. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama dengan buah-buahan yang anda sukai.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Ameera

Baca juga : Resepi Mudah Red Velvet Cheese Brownies, Sedap Tak Terkata Hingga Menjilat Jari

tags: