Resepi Lontong Kuah Lodeh Mek Kelate, sedap sangat kalau anda nak cuba resepi gaya tekak orang kelantan. Memang cukup lemak manis dalam kuah lontong ni. Jom cuba resepi perkongsian oleh Afy AL Habibi di bawah.
Resepi Lontong Kuah Lodeh ‘Mek Kelate’
- Sediakan bahan-bahan kisar :
– 3 biji bawang merah saiz 20 sen
– 1 ulas bawang putih
– sehiris nipis halia
– empat hiris nipis serai
– 2 tangkai cili padi
– 6 ekor ikan bilis
- Panaskan sedikit minyak. Tumis sebatang serai yang diketuk dan 2 helai daun purut untuk aroma wangi. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga naik bau dan sedikit garing. Selepas itu masukkan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
- Masukkan pula seketul atau dua ketul ayam yang dipotong kecil.
- Tuang 2 senduk santan pekat. Kemudian tambahkan 1/2 cawan air. Tengok atas kepekatan santan sendiri. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
- Perasakan dengan :
– 1/4 keping nisse atau gula melaka
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
*segala kuantiti mengikut citarasa sendiri. Tak suka manis terpulang*
- Masukkan :
– sedikit sayur kubis
– sebiji ubi kentang dipotong dadu
– carrot dihiris nipis
(sentiasa kacau supaya kuah tak pecah minyak atau timbul biji keli)
- Selepas sayur mula layu, bolehlah masukkan bahan sampingan :
– udang
– kacang panjang (tak nak terlebih masak. Dalam gambar ni cikgu lupa sebenarnya nak masukkan. Hii)
* fishcake
*bebola ikan
*tempe
* tauhu pok kering
(semua bahan yang bertanda *digoreng terlebih dahulu sebelum dihiris kecil)
- Akhir sekali, masukkan sedikit sahaja suhun dan fucuk jika suka.
(suhun jangan masuk terlalu banyak sebab nanti bila makin lama ia mengembang dan meresap kuah)
- Lepas dua hingga tiga minit bolehlah ditutup apinya. Siap!
Resepi Ibu Sambal Bilis
- Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
- Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
- Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
- Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
- Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
- Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
- Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
- Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
- Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Tips masak nasi impit
Elok rebus malam untuk makan pagi esoknya. Barulah dapat tekstur nasi himpit yang pejal dan cantik ketika dipotong. Nak tahan lebih lama dan rasa nasi himpit yang sedap,
– Basuh pek beras sebersihnya.
– Rebus seperti biasa sehingga hilang biji nasi
– Tambahkan secubit dua garam
– Masukkan daun pandan.
Dah siap, toskan dalam penapis.
Cara makan:
– Dah siap susun nasi himpit, masukkan kuah lontong tadi
– Kemudian, sendukkan sambal bilis. Haa tang sambal ni cikgu letak banyak. Barulah sedap. Adehh meleleh liur.
– Jangan lupa masukkan telur rebus sebagai pelengkap.
– Dah tak payah tunggu lama-lama.
– Kacau sebati dan sedia untuk dimaka n.